Izzah Dejavu – Hal yang tidak masuk akal; Dipanggil SB dan Isu Plakad

Hari ini adalah hari yang memenatkan. Salah seorang daripada aku dan kawan-kawan yang fun-fun angkat plakad depan uia, telah dipanggil ke pejabat OSEM (Sekuriti UIA) untuk diambil keterangan.

Masalahnya, sekarang ni kami semua ada kelas sampai petang. Dan tak logik juga call seorang, untuk panggil semua orang dalam gambar. Ingat isu nak ambil keterangan ini, macam isu panggil datang kenduri ke? Kan hal serius perkara ambil keterangan ini. Bukan kita tak belajar Seksyen 112 Criminal Procedure Code.

Jadi, tenang je lah kami fikir nak datang ke pejabat bila dah lepas waktu kelas dan diskusi.

Tapi tu lah, dalam ketenangan kami, kami terima berita yang kereta yang selalu kami guna untuk ulang-alik UIA-rumah ni kena clamp. Surat merah tertera ‘urusan pejabat trafik dan siasatan’.

Memikirkan, kami akan kena compound sebab belum berkesempatan buat sticker, sebab baru semester ni kami betul-betul off-campus, tenang je lah aku dan Wafi nak pergi bayar saman.

Bila kami sampai, rupanya kena pergi di meja pegawai atasan, barulah kami tahu yang kereta kami di clamp, supaya kami datang ke pejabat, dan beri keterangan.

Puas juga la berhujah tadi, bila pegawai atasan kata, takkan buka ‘clamp kereta’ selagi kami tak bagi statement. Sampai aku dan Wafi terpaksa keluar lunch dekat cendol Borhan lah sebab panas, hari ni matahari terik.

Padahal kes nya mudah:

1. Kami datang atas dasar nak bayar saman.
2. Tidak ada panggilan/surat direct kepada kami atas dasar apa kami dipanggil untuk beri keterangan?
3. Dan sejak bila, polis bantuan ada kuasa boleh clamp kereta orang dengan alasan nak panggil bagi statement dan sejenis satu ugutan lah juga, bila pihak berkuasa berkeras takkan ‘unclamp’ kereta, selagi kami tak bagi keterangan?

Nasib tidak membuat keputusan terburu, kami datang semula selepas makan tengahari untuk berjumpa pegawai atasan, sebab depa nak juga kami bagi keterangan tak ikut SOP ini. Jadi isunya begini:

1. Isu clamp kereta dan isu angkat plakad adalah dua isu berbeza.

2. Surat yang dinyatakan bukanlah surat official dari office.

3. Bawah seksyen 112 CPC, antara hak untuk orang yang mahu di ambil keterangan, mestilah diberitahu atas sebab apa, kenapa dia dipanggil beri keterangan.

4. Panggilan pihak berkuasa hanyalah pada satu orang sahaja. Bukan setiap daripada kami menerima panggilan. Kami hanya tahu dari mulut ke mulut sahaja.

5. Pihak berkuasa jelas-jelas melanggar SOP, di mana kereta kami di clamp, dan di beritahu tidak akan di buka selagi kami tidak membuat keterangan. Ini undang-undang atau ugutan sebenarnya?

Tapi tenang, lepas hampir 1jam berdebat manis dalam pejabat, kereta kami di ‘unclamp’ serta-merta.

Tulis panjang-panjang ni, bukan nak bagitahu apa. Aku sendiri pun tak berani jamin hari-hari depan ini, tapi aku faham, sebenarnya penting untuk kita faham undang-undang. Dan ramai pelajar, selalu tak bertanya tentang hak mereka sebab kita rasa kita tak boleh bertanya, kita tak boleh persoal, kita tak boleh buat apa-apa sebab semua dah termaktub dalam undang-undang. Sedangkan, realitinya bukan semua undang-undang baik, dan kita sentiasa ada ruang untuk bertanya dan persoal kembali kepada penguasa.

Itu je lah nak kongsi supaya orang faham, hak untuk bertanya dan mendapat penjelasan adalah hak milik setiap individu. Bayangkan kalau semua orang sedar, mereka memiliki hak yang besar sebagai seorang manusia? Tapi tu-lah, sebut hak je nanti adalah pemikiran sempit yang menunding ini liberal-lah, sekular-lah, habis jos soros pun kait.

Leave a Reply