PRK USM – Aspirasi Dominasi Disebabkan Pelajar Tahun Satu dan Dua

Oleh : Pemerhati Siyasah USM

Pilihanraya kampus merupakan medium untuk memilih seseorang untuk menjadi wakil pelajar di USM. Secara rasminya nama yang diberikan untuk PRK di USM adalah Majlis Pemilihan Siswa (MPS). Pilihan Raya Kampus dilihat sebagai platform untuk meraikan demokrasi dengan membeli pilihan mahasiswa/i untuk memilih seorang yang menjadi wakil bagi menyuarakan sesuatu dan membawa gagasan idea. Namun sayangnya, pada PRK yang lepas hanya beberapa kerusi sahaja yang ada pertandingan. Bila tiada pertandingan menyebabkan ada ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang menang tanpa bertanding.

Sebelum ini, USM menggunakan sistem undian menggunakan kertas OMR dan hanya keputusan disemak oleh mesin. Sekiranya ada undi rosak barulah dilakukan semakan semula secara manual.  Memberikan suasana seolah Pilihan Raya Umum yang sebenar kerana mahasiswa berdebar untuk menantikan keputusan sama ada menang, kalah, undi rosak atau tidak. Namun begitu, sejak tahun 2016 sistem e-voting atau e-pilih telah diperkenalkan untuk memilih ahli MPP. Baru seminggu sahaja PRK USM melabuhkan tirai dan kepimpinan baru telah terpilih untuk menerajui Majlis Perwakilan Pelajar USM.

Sebelum meneruskan penulisan biarlah diterangkan keadaan siyasah di USM itu sendiri. USM terdiri daripada 4 kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal), Kampus Kesihatan dan USM KLE(1 wakil). Kerusi yang dipertandingkan adalah sebanyak 45 kerusi. Bagi konstituensi Pusat Pengajian sebanyak 30 iaitu;

1)Sains Kimia (1)

2)Sains Kajihayat(1)

3)Sains Matematik(1)

4)Sains Fizik(1)

5) Ilmu Kemanusiaan (2)

6) Ilmu Pendidikan (2)

7) Sains Kemasyarakatan (2)

8)Pengurusan (2)

9) Komunikasi (1)

10) Seni (1)

11) Perumahan, Bangunan & Perancangan (1)

12) Teknologi Industri (1)

13) Sains Farmasi (1)

14) Sains Komputer (1)

15)  Bahasa Literasi dan Terjemahan (1)

16) Sains Perubatan (2)

17)  Sains Kesihatan (2)

18) Sains Pergigian (1) agak unik kerana pada kebiasaannya MPP akan dipilih oleh dekan , 19)Kejuruteraan Elektrik & Eletronik(1)

20) Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (1)

21) Kejuruteraan Mekanik (1)

22) Kejuruteraan Awam (1)

23) Kejuruteraan Kimia (1)

24) Kejuruteraan Aeroangkasa (1)

25) Kerusi ijazah tinggi untuk pelajar Master PhD (5), 3 di Induk 1 di Kesihatan, 1 di Kejuruteraan

 

Untuk umum pula 6 kerusi di pertandingkan di Induk, 1 Kesihatan, 1 Kejuruteraan dan 1 Ijazah tinggi.

Jadi bila sudah mengetahui pengagihan kerusi dapatlah kita mengagak dengan hanya 23 kerusi dapatlah sesuatu wadah untuk mendominasi kerusi MPP USM.

Selain itu, apakah perlunya untuk mendominasi kerusi MPP ini sebenarnya kerana di bawah MPP terdapat dua program besar yang dianjurkan saban tahun iaitu CONVEX (nama festival kovokesyen di USM)  dan juga NRIC(Novel Research Innovative Competition) hanya dikhususkan kepada MPP untuk menjadi pengarah projek walaupun ada penasihat daripada kalangan pegawai. Jadi mahasiswa dapat tahu ke manakah pengaliran dana program. Di samping setiap wadah dapat meluaskan idea yang dibawa serta melakukan program yang di rancang.

Secara tradisinya hanya dua wadah sejak  yang akan menghantar calon untuk mendominasi kerusi MPP USM iaitu Aspirasi USM dan Pro-Mahasiswa USM. Pencapaian terbaik Aspirasi adalah pada 2004 kerana menang hampir semua kerusi yang dipertandingan manakala kemenangan terbaik Pro-Mahasiswa USM pula pada tahun 2015 kerana menangi 10 kerusi pusat pengajian biarpun tidak menghantar calon umum.

Keadaan politik Aman Damai sebagaimana nama sebuah desasiswa di USM mula di ganggu oleh kehadiran “Third Force” katanya. Ikatan Mahasiswa di tubuhkan yang menjadi nadi penggerak Ikatan Mahasiswa pada awal penubuhannya adalah Hafiz Harfifi, Jefry Musa, Izzudin, dan dianggotai oleh Serikat Mahasiswa, Ikramsiswa (atau nama sekarangnya Harmoni) dan Student Progresif Front( di katakan suatu badan politik tidak rasmi dibawah Persatuan Bahasa Tionghua).

Aktiviti yang mereka jalankan juga ada yang berkisar tentang masyarakat misalnya “Bertuhan di Jalanan” yang diadakan setiap minggu di Lebuh Chulia dan tahun ini ketika dekat dengan PRK baru sahaja diadakan. Harmoni pula pada pendekatan dakwahnya di samping program makanan percuma untuk siswa dan SPF mendesak watercooler dengan petisyen kepada BHEPA. Pendekatan Ikatan Mahasiswa tahun ini lebih baik kerana tidak membawa politik kebencian sebagaimana tahun sebelumnya mereka membuat kartun 10 Dalil untuk tidak mengundi Aspirasi.

Legasi 15tahun Aspirasi. Itulah yang dilaungkan oleh penggerak Aspirasi USM setelah 15 tahun mendominasi Majlis Perwakilan Pelajar USM. Aspirasi USM mula mendominasi MPP USM sejak tahun 2004 setelah Pro-M seluruh negara memilih untuk memboikot Pilihan Raya Kampus. Mari kita melihat gagasan idea yang dibawa oleh Aspirasi USM, Aspirasi membawa idea rasional, realistik dan toleransi. slogan yang selalu dilaungkan oleh mereka adalah “Sayang Sayang USM”. Mungkin hanya mereka sahaja yang sayang pada universiti tercinta ini. Pada tradisinya calon yang di wakili oleh Aspirasi adalah fasilitator Minggu Siswa Lestari atau nama terkenal mereka Pembantu Pembimbing Siswa Lestari (PPSL). Semakin popular seseorang itu, semakin tinggi potensi untuk dia diletakkan oleh Aspirasi sebagai calon selain mempunyai riak wajah yang cantik dan kacak.

Misalnya seorang calon umum iaitu saudara Lester, dikenali juga dengan abang wifi. Dialah individu yang terawal untuk melaporkan wifi tidak dapat diakses hanya berbekalkan pautan yang diberi oleh PPKT dan juga gambar pejumpaan dengan pegawai dan kesannya dia memperoleh undi tertinggi dalam PRK sidang ini. Ada khabar angin mengatakan dia tidak lagi mahu bertanding setelah 2 tahun berbudi menurusi platform MPP tapi biasalah kata ahli politik ini mana boleh pakai. Mari kita lihat pula jika Ikatan Mahasiswa sendiri ada gerakan lain yang berselindung di sebaliknya bagaimana pula dengan Aspirasi. Aspirasi dikatakan di polopori oleh Sekreteriat 1 Malaysia USM, Sekreteriat Rakan Integriti, Sekreteriat Kebudayaan & Kesenian Tioghua (SKKT), Persatuan Kebudayaan India  , dan pemimpin dari Majlis Penghuni Desasiswa. Cara pembahagian kerusi oleh Aspirasi boleh di andaikan seumpama politik Barisan Nasional, membahagikan kerusi kepada kaum. Misalnya 2 kerusi kepada kaum India, satu kerusi umum dan satu kerusi Pusat Pengajian.

Kekuatan Aspirasi USM adalah pada mahasiswa Tahun 1 dan 2 kerana budi mereka yang dikenang oleh adik tahun 1 sewaktu minggu orientasi. Selain itu, Aspirasi USM juga menguasai ruang media seperti pages USMInfo, USM Info Sharing yang akan diberikan kepada calon umum Aspirasi untuk menjadi admin. Pages tersebut mendapat maklumat awal kerana ada sebahagian dari alumni yang telah menjadi pegawai. Pendekatan yang mereka gunakan untuk merebut siswa tahun satu sudah berbeza seiring dengan zaman, pada sebelumnya mereka akan membuat group facebook tetapi sekarang group whatsapp.

Hampir setahun terbubarnya wadah Pro-Mahasiswa USM yang dipimpin oleh saudara Ahmad Sobri Shaari. Pro-Mahasiswa di lihat sebagai sebuah wadah yang berani kerana menampilkan kepimpinan kepada umum bukan gerakan yang terselindung. Terbubarnya Pro-Mahasiswa USM kerana terdapat campur tangan politik luar. Di bawah kepimpinan Sobri, Pro-M di lihat sebagai suatu gerakan yang bersifat strategis kerana memulakan untuk memboikot pengucapan awam yang diadakan oleh BHEPA. Menghantar hanya calon Pusat Pengajian dan membiarkan Ikatan Mahasiswa sahaja yang menghantar calon umum.

Usaha ini menjimatkan tenaga yang perlu digunakan oleh Pro-Mahasiswa kerana mereka cuma perlu memfokuskan 14 kerusi yang di hantar tanpa perlu fikir untuk umum dan mereka menang 10, satu pencapaian yang baik. Kemenangan itu merosot secara mendadak pada tahun berikutnya kerana pendedahan mantan Pro-M mengenai Pro-M itu sendiri. Setelah kita melihat gerakan yang menjadi tunjang kepada Aspirasi dan Ikatan, untuk Pro-M pula pada awalnya didominasi oleh ahli dari Persatuan Mahasiswa USM (PMI USM) sebahagiannya dari JIK dan ada juga beberapa individu bebas yang menjadi penyokong kepada Pas, Umno, Keadilan, dan Pro-M pada awalnya mengadakan tahaluf siyasi dengan SPF. Pada 2015/2016 bila SPF menyertai Ikatan Mahasiswa, Pro-M dilihat sebagai utuh kerana kerusi yang di menangi semakin bertambah.

Cukup untuk melihat sejarah kemunculan beberapa wadah politik di USM, teruskan kepada keadaan politik USM pada sidang lepas. Pada kali ini, pertandingan adalah antara Aspirasi USM, Ikatan Mahasiswa dan beberapa orang calon bebas. Aspirasi USM seperti biasa akan meletakkan semua calon pada kerusi yang dipertandingan. Untuk kerusi UMUM hanya 1 calon Bebas yang mencabar tidak seperti tahun sebelumnya Ikatan Mahasiswa akan menghantar calon UMUM tapi tahun ini sekadar di kerusi Pusat Pengajian Sains Matematik USM.

Bagi kerusi pusat pengajian, terdapat pertandingan di kerusi Sains Farmasi, Sains Matematik , Sains Fizik, Sains Kemasyarakatan dan Sains Kajihayat. Kemenangan bebas di kerusi-kerusi ini di sebabkan kapasiti dan karisma seseorang calon di samping sokongan oleh mantan MPP. Beberapa mantan MPP menyatakan sokongan mereka kepada calon antaranya Mantan MPP Sains Matematik, Farmasi, Kajihayat selain sokongan di Facebook turut juga di lapangan. Kerusi yang paling menarik untuk dilihat pada PRK USM kali ini adalah pertandingan di konstituensi Pusat Pengajian Sains Matematik kerana melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Ikatan Mahasiswa, Aspirasi dan Bebas. Pertandingan ini dikatakan menarik kerana calon bebas tidak menggunakan barang kempen seperti kertas yang tertulis manifesto dan banner tetapi Ikatan Mahasiswa mengatakan Aspirasi tidak adil kerana banner yang diletakkan oleh Aspirasi tidak mempunyai cop sebagai mana banner Ikatan Mahasiswa.

Calon bebas memenangi undi majoriti. Calon bebas untuk Fizik sememangnya di jangkakan untuk menang kerana baktinya pada warga Sains Fizik pada sidang lepas. Sesuatu yang menarik juga berlaku pada calon bebas yang bertanding sebanyak tiga kali dan kalah buat kali ini. Punca kekalahan calon bebas itu mungkin kerana semasa menjadi MPP dia kerap menyiarkan kiriman dari parti tertentu sedangkan ketika dia dipilih tidaklah mewakili parti tersebut.

Sedikit ulasan mengenai kampus kejuruteraan, tahun ini 3M dilihat seperti tidak hantar wakil ataupun menghantar dengan proksi bebas. 3M ada gerakan yang bersaing dengan Aspirasi di Kampus Kejuruteraan.

Di harapkan Pilihan Raya Kampus generasi akan datang menjadi lebih baik dengan kurangnya budaya politik kotor seperti menanamkan kebencian terhadap wadah lain seperti melabel wadah yang tidak bersama sebagai pembangkang.

 

Leave a Reply