Pada 6 November 2020, semasa pembentangan Belanjawan 2021 Menteri
Kewangan YB Tengku Zarul Abdul Aziz telah mengumumkan peruntukan sebanyak
RM150 juta untuk pembelian 150,000 komputer riba yang akan diberikan secara
percuma kepada seluruh pelajar di 500 buah sekolah seluruh negara.Walaubagaimanapun, sehingga ke saat ini, tiada sebarang makluman tentang proses penyerahan serta perkara-perkara asas bagaimana komputer riba ini dapat
diperolehi.

Ianya kelihatan lebih malang apabila perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 2.0 telah berlaku, namun masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah
dan mahasiswa masih tidak berubah iaitu kekangan terhadap proses pembelajaran
secara atas talian dan kemungkinan yang lebih besar ianya akan berlanjutan.

Pelajar dan rakyat kebanyakan mempunyai hak untuk mengambil maklum tentang
proses pengagihan serta apakah kriteria-kriteria yang diperlukan sebagai penerima.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia pernah mencipta pemuka pada
laman sesawang kementerian yang bertujuan masyarakat mengetahui secara
terperinci bagaimana projek sekolah daif dijalankan.

YB Dr Radzi Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia perlu bergerak dengan lebih
pro-aktif dan agresif dalam memastikan kebajikan dan hak pelajar dipelihara.
Ini diantara kesan jika Dewan Rakyat atau Parlimen tidak bersidang, kerajaan
mempunyai bidang kuasa seluas-luasnya dalam menentukan hala tuju negara tanpa
ada sebarang proses semak dan imbang.

Firzan Hakimi
Naib Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia

Leave a Reply