Petaling Jaya, 12 Jun 2025 — Sekretariat Rakyat Benci Rasuah mengumumkan bahawa Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 akan berlangsung pada Sabtu, 28 Jun 2025, bertempat di Kuala Lumpur, dengan lokasi permulaan di hadapan SOGO dan berarak menuju Dataran Merdeka. Himpunan ini dijangka bermula pada 2:30 petang dan akan berlangsung secara aman, sah, dan inklusif.

Sidang Media: Sekretariat Rakyat Benci Rasuah 2.0

Himpunan ini merupakan lanjutan daripada siri desakan rakyat terhadap kerakusan kuasa dan budaya korupsi yang masih membelenggu sistem pemerintahan negara. Bertemakan “Reformasi atau Reformati?”, rakyat diajak untuk bersama-sama menyuarakan tuntutan terhadap agenda reformasi institusi yang sebenar dan bukan kosmetik.

Sekretariat Himpunan menyatakan empat tuntutan utama yang menjadi asas kepada himpunan ini:

  1. Pemisahan Pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya
    Mendesak pindaan terhadap Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah bagi memisahkan fungsi Pendakwa Raya daripada Pejabat Perdana Menteri.
  2. Bebaskan SPRM dari cengkaman eksekutif
    Menuntut pembaharuan terhadap Akta SPRM dan Perlembagaan Persekutuan, termasuk pemberian autonomi penuh kepada SPRM, serta reformasi dalaman yang menyeluruh termasuk had penggal Ketua Pesuruhjaya SPRM.
  3. Gubal Akta Pendanaan Politik (PFA)
    Menuntut penggubalan segera Akta Pendanaan Politik berdasarkan syor Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) demi mencegah skandal besar seperti 1MDB dan SRC International daripada berulang.
  4. Penjelasan kes NFA Teoh Beng Hock
    Mendesak kerajaan memberi penjelasan dan tindakan susulan terhadap kes mendiang Teoh Beng Hock, yang mati semasa dalam tahanan SPRM. Janji sebelum menjadi kerajaan tidak boleh terus didiamkan setelah berkuasa.

Baca juga artikel berita: Abishek menyifatkan HEP UM penjilat dan macai kerajaan

rakyat benci rasuah Archives - Kosmo Digital
25 Januari 2025: Himpunan Rakyat Benci Rasuah

Seruan Turun Jalanan

menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, kaum, dan fahaman politik, untuk turun ke jalanan menyatakan pendirian tegas terhadap amalan rasuah. Himpunan ini menjadi ruang rakyat menunjukkan bahawa mereka tidak lagi mahu bertoleransi terhadap korupsi yang menjejaskan masa depan negara.

Ini bukan himpunan partisan. Ini suara rakyat. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? ujar wakil sekretariat.

Sokongan kepada Gempur Rasuah Sabah

Sekretariat turut menyatakan sokongan penuh kepada Himpunan Gempur Rasuah Sabah yang dijadual berlangsung pada 21 dan 22 Jun 2025. Sekretariat menyeru seluruh rakyat Sabah dan mahasiswa untuk turut menyatakan sikap tegas terhadap isu rasuah yang semakin parah di Sabah.

Mungkin ilustrasi ‎teks yang berkata '‎PERHIMPUNAN AMAN GEMPUR SABTU SABTU-AHAD -AHAD 21-22 21-22JUN2025 21 22 JUN 2025 KOrA KINABALU RASUAH SABAH HIDUP MAHASISWA HIDUP 2.0 HAKM JANS ATONOMI TEGAS PERASUAH PERASUAH ADILI MANA AIR UMS SVARA D MAHASISWA f UMS TyT BANTAH TAH מרום TURUN JALAŃ, LAWAN RASUAH‎'‎
Facebook: Suara Mahasiswa UMS

Leave a Reply