Local Hero vs National Hero Analisis Ringkas Pilihanraya N27 Rantau

Hasil pemerhatian saya sebagai anak muda Rembau dan seorang Mahasiswa Sains Politik saya melihat beberapa faktor utama telah menjadi resepi kemenangan besar TokMat di Rantau. Saya boleh mengklasifikasikan kepada beberapa perincian hasil daripada temu bual bersama orang tempatan dan orang orang parti baik dari kedua blok UMNO dan PKR.

Pertama – Politik Sosok Tubuh
Kehadiran tokoh politik nasional seperti DSAI, Rafizi Ramli dan Nga Kor Ming khas untuk kempen kawasan mejoriti cina telah menjadi modus operandi dan strategi kempen PKR. Untuk pengetahuan semua isu isu Nasional dibawa oleh PH lansung tidak mendapat sambutan pada peringkat minggu pertama kempen dan teknik ‘pembunuhan watak’ dengan membawa isu-isu pribadi calon dijadikan peluru terakhir mereka. Di tambah calon Dr S yang gagal mengusai tutur bahasa melayu dan kurang sekali bercakap sewaktu kempen seperti telah membunuh karisma beliau dari luaran. Mendepani pula seorang anak tempatan ‘Local Hero’ yang pada hemat saya TokMat membawa jenama TeamTokMat dan bukanlah UmnoPas atau BN. Tok Mat tahu setiap inci pengundinya dan prestasi menjadi MB yang lepas dengan pemberian hak tanah-tanah estet, pembiayaan Pembinaan Kuil, perumahan kos rendah terutama untuk orang india dan pembinaan sekolah tamil tercanggih di Malaysia cukup promosinya (juga disebut politik balas budi) untuk orang Rantau tahu siapa TokMat pada mereka.

Kedua – Politik Prestasi
MB Negeri Sembilan yang juga Adun PKR telah membawa beberapa usaha untuk menonjolkan kredebiliti beliau selaku Menteri Besar. Janji-janji tempoh jangka pendek juga ditambah dalam kempen di Rantau atas faktor kelebihan kerajaan negeri yang ditakbir urus oleh Kerajaan PH. Tambahan pemberian RM 100 kepada mahasiswa B40 diharap mampu mempengaruhi pengundi muda. Namun pembatalan Malaysian Vision Velly, penukaran laluan ECRL,juga isu pelantikan ketua kampunh dan beberapa Perumahan Mesra Rakyat yang sengaja ditukar nama amat mengguris hati masyarakat nogori. Pada saya apabila pengumuman pratusan sosot Tabung Haji ke nilai yang amat rendah menutup ruang PH memiliki undi melayu dan saya yakin pasti impak undi melayu 75-85% berpihak kepada BN.

Ketiga – Politik Tanggang
Saya pinjam perkataan ini dari ‘Prof Dr Hamdin Hamid Penyelidik Ilham Centre’ kerana lebih bertepatan dengan idea penulisan saya yang melihat kesilapan terbesar PKR apabila meletakkan calon bukan kehendak jentera setempat. Selepas pengumuman calon beberapa cabang PKR tutup kedai sebagai satu tanda protes. Saya juga menyalahkan beberapa perikatan parti PH yang bersifat derhaka seperti Bersatu sendiri yang di pimpin oleh Rais Yatim yang amat berpengaruh di Negeri Sembilan sepertinya sengaja membiarkan PKR berjalan sendiri dan orang bersatu sendiri memulakan satu protes senyap kerana obsesnya DSAI ingin menjadi Perdana Menteri mencabar kerusi Tun M. Tambahan dalam kempen TokMat dia lebih berhati hati dengan sentimen hati melayu saluran 1&2(orang tua) dengan memberi keprihatinan beliau kepada Tun M walaupun masih dalam tatabahasa sindirian politik

Kemenangan 3 kali ini satu kejayaan yang memberi referendum jelas PH perlu bekerja keras. Menang di peti undi anak muda dan kawasan bukan Melayu satu petanda BN masih ada jenama yang Malaysia mahu dan bukan Melayu Islam sahaja. Tugas TokMat pada saya untuk membawa kekananan Konservatif Melayu Islam itu ke tengah sedikit untuk menjamin PRU 15 skrip pasti berbeza.

AMIRUL ALIIF NASARUDDIN
(MAHASISWA SAINS POLITIK UKM) 

Leave a Reply