[ISU PENDAFTARAN KHUSUS LATIHAN INDUSTRI – FSSK]

Lebih daripada 500 mahasiswa tahun 3 FSSK tidak sempat mendaftar dalam sistem SMP web UKM. Tempoh masa yang diberikan adalah 30/4- 5/5 2019. Namun makluman tentang pendaftaran tersebut tidak sampai ke pengetahuan Mahasiswa terutama di FSSK, dan kami perlu membayar sejumlah wang (RM 50.00) sebagai denda atas kelewatan untuk mendaftar secara manual.

Saya telah berjumpa dengan pihak HEJIM FSSK untuk pemberitahuan isu ini, namun pihak HEJIM tidak boleh memberi keputusan kerana bukan bidang kuasa mereka. Selepas itu, berjumpa dengan pihak KEDEKANAN FSSK En Osman bersama saya Mantan Presiden Kelab Vimal dan Saudara Yaseen UPSM menyatakan isu yang sama. Pihak kedekanan menegaskan pemberitahuan telah diberikan kepada setiap Program&Jabatan. Sesetengah Program mengambil inisiatif untuk maklum pada pelajar, sesetengah tidak. Bagi kes Jabatan Bayu mereka ada isu yang berbeza dan Jabatan mereka yang akan buat pendaftaran.

Yang menjadi kejanggalan pada pihak saya, sebelom ini pemberitahuan boleh sahaja diberikan pada email siswa UKM namun kenapa TIDAK untuk perkara seserius ini. Mpp dan PMF juga tidak dapat pemberitahuan rasmi. Setakat ini pihak kedekanan meminta diberikan sedikit masa untuk berbincang dengan bahagian Akedemik. Dan isu ini telah saya lanjutkan juga untuk pengetahuan Dekan Fakulti Prof Fuad Mad Jali.

Selepas Jam 4.00 Petang 7/5/19 pemberitahuan semasa

“Esok fakulti akan buat surat ke bpa minta buka semula pendaftaran tanpa bayaran, dan En Othman dah maklum bahagian akademik pendaftaran..,” (Kredit kepada Muhammad Izzat Ebrahim)

10.00pagi 8/5/2019
Setakat ini masih tiada update dari mana mana pihak berkenaan, kita harap dan doakan supaya pihak atasan mempertimbang permohonan dan kebajikan kita semua.

1.00 Tengah hari 8/5/2019
Presiden PMUKM telah menghantar email terus kepada TNC Prof Marzuki dan akan diberi makluman secepat mungkin selepas mendapat update dari pihak FSSK dan FPEND

Pemberitahuan seterusnya akan update semasa ke semasa

Majlis Perwakilan Mahasiswa FSSK UKM

 

Leave a Reply