Aktivisme mahasiswa mainkan peranan penting dalam membentuk dasar-dasar kerajaan terutamanya dalam aspek pendidikan. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi merupakan hal biasa di seluruh dunia.
Mahasiswa memiliki kepentingan yang besar dalam sistem pendidikan, mereka ada hak untuk menyuarakan pandangan mereka. Kita selalu dengan yang mahasiswa ni pembawa perubahan, dan mampu pengaruhi proses membuat keputusan dari kerajaan.
Kali ini kami cuba teroka impak aktivisme mahasiswa terhadap dasar-dasar pendidikan di Malaysia dan cuba melihat impaknya secara global. Kami akan bincangkan perihal pencapaian, cabaran, dan potensi untuk perubahan yang lebih baik.
Di Malaysia, aktivisme mahasiswa telah membawa impak yang positif dalam dasar-dasar pendidikan. Gerakan mahasiswa berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran dan menuntut reformasi dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan kurikulum, pentadbiran universiti, kebajikan pelajar, dan kebebasan akademik.
Gerakan pelajar pada tahun 1970-an berjaya memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai medium pengajaran di sekolah, menyokong identiti kebangsaan dan inklusiviti linguistik.
Untuk cabaran semasa, aktivis mahasiswa masih memperjuangkan isu-isu seperti peningkatan akses ke pendidikan tinggi, kesetaraan gender, dan inklusi komuniti terpinggir dalam sistem pendidikan. Usaha ini telah menyumbang kepada perubahan dalam dasar-dasar, termasuk penubuhan program biasiswa, pengenalan pengajian gender di universiti, dan inisiatif untuk mengecilkan jurang digital dalam pendidikan.
Bukan setakat di Malaysia, aktivisme mahasiswa telah berikan impak yang mendalam terhadap dasar-dasar pendidikan di seluruh dunia. Gerakan mahasiswa dah jadi pemangkin perubahan sosial, kerana mereka sering berada di barisan hadapan dalam perjuangan demokratik untuk kesaksamaan pendidikan, hak asasi manusia, dan keadilan sosial.
Demonstrasi yang diketuai oleh mahasiswa pada tahun 1960-an di Amerika Syarikat dan Eropah, telah memainkan peranan penting dalam menentang amalan diskriminatif dan mendesak sistem pendidikan yang lebih inklusif.
Sejak akhir-akhir ini, aktivisme pelajar telah mendapat momentum di peringkat global, terutamanya dalam menangani isu-isu mendesak seperti perubahan iklim dan kesetaraan kaum. Mahasiswa telah menganjurkan mogok, protes, dan kempen advokasi untuk menuntut perubahan dasar dan meningkatkan kesedaran tentang kegentingan isu-isu tersebut.
Gerakan “Fridays for Future” yang digerakkan oleh pelajar Sweden, Greta Thunberg, telah menggerakkan jutaan pelajar di seluruh dunia, mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan segera menghadapi perubahan iklim.
Aktivisme mahasiswa ada kekuatan untuk membentuk dasar-dasar pendidikan dengan menarik perhatian kepada isu-isu penting, memperkukuhkan suara-suara yang pinggir, dan mendorong dialog di antara kerajaan dan rakyat. Dengan meningkatkan kesedaran dan perjuangkan perubahan, aktivis mahasiswa mendorong para pembuat dasar untuk mengatasi cabaran dan mencipta sistem pendidikan yang lebih adil dan inklusif.
Aktivisme mahasiswa memberi galakkan untuk penglibatan rakyat dan memperkasakan individu untuk menjadi lebih aktif dalam proses demokrasi. Perkara ini akan memupuk pemikiran kritis, kemahiran kepemimpinan, dan rasa tanggungjawab; ia membolehkan mahasiswa menjadi pencorak masa hadapan dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat.
Walaupun ada impak yang besar, aktivisme pelajar tetap hadapi cabaran. Aktiviti mahasiswa sering menghadapi tentangan daripada pihak berkuasa, termasuk peraturan yang mengekang, tindakan disiplin, dan ugutan terhadap terhadap status pengajian mereka. Penindasan terhadap suara mahasiswa telah membataskan potensi perubahan positif dan menghalang pertukaran idea yang dinamik. Di Malaysia ni, lagilah – kita ada AUKU.
Untuk mengatasi cabaran ini dan memanfaatkan potensi penuh aktivisme pelajar, penting untuk mencipta persekitaran yang menghargai kebebasan bersuara, melindungi hak-hak mahasiswa, dan galakkan penglibatan inklusif di antara pelajar dan pembuat dasar.
Aktivisme mahasiswa telah berikan impak yang penting terhadap dasar-dasar pendidikan, tak kiralah di Malaysia atau di seluruh dunia. Melalui tindakan kolektif mahasiswa, gerakan ini telah berjaya pengaruhi reformasi, perjuangkan inklusiviti, dan tarik perhatian terhadap isu-isu penting dalam pendidikan.
Aktivisme mahasiswa memupuk nilai-nilai demokratik, memberdayakan pelajar, dan menyumbang kepada penciptaan sistem pendidikan yang lebih adil dan responsif. Dengan mengiktiraf kepentingan suara mahasiswa dan menyokong penyertaan aktif, kita dapat bina masa hadapan yang lebih cerah.