<p>A student of the Faculty of Law of the Aristotle University of Thessaloniki attends a videoconference course on April 15, 2021. - Shuttered for over a year due to the Covid-19 pandemic, Greek universities are now grappling with a surge in online exam cheating giving rise to a new reality: the 'Corona degree'. Both professors and students admit that examination safeguards are practically impossible to enforce in a remote learning environment with hundreds of participants simultaneously online. (Photo by Sakis MITROLIDIS / AFP)</p>

Aktivisme mahasiswa selalu mainkan peranan penting dalam advokasi perubahan dan menangani isu-isu sosial. Dalam era digital ni, mahasiswa ada alat baru yang amat efektif; ia memudahkan mereka saling berkomunikasi, dan jadi platform untuk suara mereka didengar.

Kewujudan platform media sosial dan komuniti dalam talian telah mengubah cara aktivis mahasiswa mengatur dan terlibat dengan perjuangan mereka.

Bersama dengan peluang yang wujud dalam era digital, ada cabaran yang perlu ditangani secara berkesan.

Aktivisme boleh disesuaikan dengan tujuan untuk perkasakan masyarakat – dengan adanya kemudahan alat teknologi seperti telefon pintar dan Internet, setiap individu berupaya mainkan peranan sebagai agen barisan hadapan dalam konteks media digital.

Aktivis dan rakyat yang bergiat dalam memperjuangkan hak asasi manusia kebiasannya didorong oleh tanggungjawab sosial dan perspektif untuk membentuk masyarakat yang lebih baik.

Perlu diketahui bahawa penggunaan platform dalam talian seperti media sosial bagi tujuan aktivisme meliputi aspek mendapatkan pendapat awam dan reaksi pengguna dalam talian.

Cuma, aktiviti yang berlaku di alam maya ini sudah tentu boleh mengundang ancaman kepada kesejahteraan sosial kerana aktiviti interaksi yang berlaku di alam maya adalah sukar untuk dibendung. Data dari Pusat Penyelidikan Pew 2021 juga menyatakan ulasan dan pendapat terhadap sesuatu isu yang dilontarkan pengguna media sosial boleh bertukar menjadi penghinaan, ugutan dan gangguan jika dibiarkan tanpa tindakan.

Perkara ini lebih merisaukan apabila individu boleh melindungi identiti akaun media sosial yang digunakan dan menyebabkan maklum balas boleh diberikan oleh orang yang tidak dikenali atau tidak mempunyai identiti digital.

Implikasinya boleh menyebabkan pengguna tidak mengambil tanggungjawan terhadap apa yang telah mereka lontarkan. Pada tahap yang lebih serius, individu boleh menjadi ekstreme dalam memberikan pendapat dan seterusnya memberi implikasi kepada kestabilan dan keharmonian masyarakat. Proses ini boleh mengakibatkan lunturnya nilai-nilai kemanusiaan kerana perbezaan pendapat yang tidak sihat yang mengakibatkan perpecah-belahan, pergaduhan dan konflik.

Kami senaraikan beberapa cabaran yang wujud dalam era digital:

Jurang Digital: Walaupun teknologi digital telah menghubungkan manusia di seluruh dunia, jurang digital masih jadi cabaran yang besar. Tak semua mahasiswa ada akses yang sama kepada Internet, komputer, atau telefon pintar. Perbezaan ekonomi dan had infrastruktur boleh menghalang pelajar terpinggir daripada terlibat sepenuhnya dalam usaha advokasi dalam talian.

Lihat saja ketika pandemik, masih ramai yang tak memiliki peralatan asas untuk belajar dalam talian.

Maklumat yang terlalu banyak: Kebanyakan maklumat yang tersedia dalam talian boleh menyebabkan kita bingung. Dengan peningkatan penyebaran maklumat palsu dan berita palsu, aktivis mahasiswa perlu jadi pengguna maklumat yang kritikal dan memastikan mereka berkongsi kandungan yang tepat dan boleh dipercayai.

Serangan Dalam Talian dan Buli Siber: Anonimiti (tanpa identiti) yang ada pada ruang digital kadang-kadang boleh menyebabkan buli siber dan serangan dalam talian. Aktivis mahasiswa mungkin hadapi serangan peribadi, ancaman, dan percubaan untuk mencemarkan kerja mereka. Mengendalikan serangan dalam talian boleh memberi tekanan secara emosi dan mungkin menghalang beberapa mahasiswa terlibat dalam aktivisme.

Slaktivism: Kemudahan aktivisme dalam talian boleh menyebabkan “slaktivism” atau “clicktivism,” yang mana individu hanya menyukai, berkongsi, atau menyebarkan semula posting tanpa mengambil tindakan konkrit di dunia nyata. Walaupun sokongan dalam talian adalah penting, sangat kritikal untuk aktivis mahasiswa menterjemahkan keterlibatan digital mereka kepada impak dan perubahan yang berkekalan dalam dunia nyata.

Tips untuk Aktivisme Digital yang Efektif:

Literasi Digital: Mahasiswa harus kembangkan kemampuan literasi digital untuk menilai informasi secara kritikal, memeriksa sumber, dan mengenalpasti bias atau informasi yang salah. Hal ini akan menjadikan aktivis mahasiswa sebagai sumber yang akan dirujuk oleh kebanyakan anak-anak muda.

Keselamatan Siber: Penting untuk aktivis mahasiswa mengutamakan keselamatan dalam talian dan melindungi informasi peribadi ketika terlibat dengan aktivisme digital. Pelajar harus menyedari pengaturan privasi, melihat keselamatan akaun media sosial mereka, dan melaporkan setiap insiden pembulian atau ancaman.

Menterjemahkan Tindakan di Dunia Nyata: Aktivisme digital harus melengkapkan perjuangan mereka dengan tindakan di dunia sebenar. Mahasiswa harus berusaha untuk terjemahkan keupayaan mereka dalam talian ke dunia sebenar.

Kerjasama dan Kebersamaan: Mencipta rakan kerjasama dan berinteraksi dengan aktivis dan organisasi lain dapat perkuatkan impak aktivisme mahasiswa. Dengan bekerjasama, mahasiswa dapat manfaatkan kekuatan dan sumber daya kolektif mereka untuk menciptakan perubahan.

Aktivisme mahasiswa dalam era digital ada cabarannya yang tersendiri. Pada pemerhatian kami, ruang digital yang baik ini tidak digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa – lebih-lebih perbincangan dalam alam digital sering tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk pergerakan mahasiswa di alam yang sebenar. Kami harap keadaan in dapat berubah, memandangkan fungsi mahasiswa amat penting pada zaman semuanya berada di hujung jari.

 

Leave a Reply