10 Cabaran Fresh Grad Selepas Menamatkan Pengajian.
1) Bila anda grad, anda kena bersedia dengan cabaran yang lebih besar. Ianya bukan setahun dua, tetapi sehingga mati.
2) Bila anda grad anda perlu bersedia dengan ibu sedara yang akan bertanya kepada anda “Sekarang kerja apa?”.
3) Bila anda grad, anda perlu bersedia apabila melihat rakan anda sudah dapat kerja, tetapi anda masih mencari kerja. Ingat, rezeki itu milik tuhan.
4) Bila anda grad, bersiap sedialah untuk merancang tahap kewangan anda. Tersilap langkah, siap sedia untuk bankrap di usia muda.
5) Bila anda grad, pekakkan telinga jika ada orang yang bertanya “Bila nak kahwin?”. Mereka bukan sponsor majlis anda pun nanti.
6) Bila anda sudah mula bekerja, bersiap sedia lah jikalau ada rakan yang tiba-tiba ingin meminjam kepada anda. Duit anda,titik peluh anda. Ianya adalah hak anda.
7) Bila anda grad, jangan mengharap terus dapat kerja kerajaan. Kerja sahaja dalam bidang apa pun. Kalau tak kerja, nanti mak cik bawang akan bergosip tentang anda.
8) Bila anda grad, anda akan berdepan dengan cabaran untuk menentukan matlamat hidup. Jangan ikutcakap orang, ikut kata hati anda.
9) Jangan terasa jikalau pakcik makcik anda membandingkan gaji anda dengan anak mereka. Sekurang-kurangnya anda mencari rezeki yang halal.
10) Keseluruhannya kehidupan selepas belajar adalah lebih gila berbanding zaman belajar. “Siapa kuat, dia mampu bertahan. Jadikan ibu bapa anda sebagaiidola anda. Tanpa pelajaran, mereka mampu survive.
“Zaman sekarang adalah zaman yang gila-gila, siapa yang kuat pasti akan mampu bertahan”.
-Aidil Adha-