Kuala Lumpur – Ahli parlimen Republik Indonesia dari Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Ir. Eriko Sotarduga B.P.S pada Minggu malam (17/12) mengadakan lawatan ke kampung gumut untuk bertemu komuniti warga Indonesia yang menjadi pekerja di sekitar wilayah itu sekaligus ikut serta hadir di Majlis Tahlil Hari Ketujuh kematian salah seorang warga komuniti Indonesia di sana yang menjadi pengasas sekolah alternatif bagi warga Indonesia disana.
Seramai kurang lebih 60 warga menyambut kedatangan abang Eriko, panggilan mesra ahli komisyen 2 parlimen Indonesia itu yang datang bersama rombongan kecilnya.
Ahli parlimen untuk wilayah Jakarta 2 yang merangkumi kawasan Jakarta Pusat, Jakarta Selatan, dan Luar Negara yang datang ke Malaysia untuk melawat selama dua hari itu, menyampaikan salam takziah buat istri allahyarham dan memberikan sumbangan khairat Kematian.
Dalam ucaptamanya Abang eriko menyampaikan agar warga Indonesia yang berbilang kaum di tempat itu untuk menjaga keharmonian satu dengan lainnya, dan tidak lupa untuk mengikuti pilihan raya umum atau Pemilu pada 14 februari 2024, nanti.
” Untuk urusan pilihan, bapak dan ibu boleh memilih siapa sahaja, namun tengok apa yang telah dibuat oleh calon itu, dan jangan membazirkan peluang kita untuk memilih karena itu hak semua warga negara untuk memilih dan dipilih”, Kata pengerusi pusat bidang sukan dan belia Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) itu.
Dalam momentum perjumpaan selama 1 jam itu, tiga perwakilan warga menyampaikan persoalan berkaitan dengan pengurusan dokumen kepada bang eriko, merespon soalan itu ahli parlimen yang suka berkelakar ini menjanjikan agak menyelesaikan masalah itu karena baginya dokumen adalah hak warga negara Indonesia.
Dalam lawatan itu pula, Eriko Sotarduga mengagihkan bantuan sebanyak 3000 RM kepada sekolah alternatif yang dijalankan oleh arwah suami dari istri pengasas sekolah alternatif untuk warga Indonesia di gumut.