Universiti Pendidikan Sultan Idris ada membuka jawatan bagi mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Skim Perkhidmatan Khas Universiti SPKU 41

  • Penolong Pegawai Senibina JA29

  • Penolong Jurutera (Bidang Elektrik) JA29

  • Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Teknologi Maklumat) SPKU 29

GAJI/ELAUN

  • Sila rujuk iklan penuh

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai kriteria khas yang diperlukan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

CARA MEMOHON

Untuk mereka yang berminat dan ingin memohon jawatan ini, anda bolehlah berpandukan cara yang berikut :-

  • Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
  • Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada
  • Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  • Setelah permohonan lengkap diisi, sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
    sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);

    • Cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;
    • Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).
  • Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
    • bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
    • telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos
    • Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
  • Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  • Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
  • Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Sila hantarkan permohonan ke:

      Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

  •  Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM :

No. Telefon : 05 – 450 6328 / 6338 / 6399 / 6339 / 6340

Emel : [email protected]

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

18 Ogos 2022 (Khamis)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply