Anda masih tercari pekerjaan? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, iCEPS, Universiti Teknologi Mara (UITM) ada membuka beberapa peluang pekerjaan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan.
Oleh itu kepada bumiputera warganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Pekerja Sambilan Harian (PSH)
- Penolong Pegawai Eksekutif Kontrak iCEPS (N29)
GAJI/ELAUN
Gaji adalah berdasarkan gred jawatan yang dimohon (KLIK UNTUK LIHAT CARTA GAJI)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Bumiputera Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai kelayakan (PMR, SPM, DIPLOMA) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Menepati syarat-syarat akademik minimum (Pekerja Sambilan Harian/ Penolong Pegawai Eksekutif Kontrak iCEPS N29 ) yang telah ditetapkan oleh iCEPS
- Kemas
- Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my
- Klik untuk muat turun Borang (BORANG PERMOHONAN)
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Sila majukan permohonan kepada:
PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL
(iCEPS) ARAS 1, UiTM – MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM
SELANGOR
** Pada sampul permohonan hendaklah ditulis dengan nama jawatan yang dimohon (sebelah kiri bahagian atas).
No.Tel: 03 5544 8332/ 8336
Bil.Rujukan: 500-iCEPS (19/2)
Bil. Iklan: 1/2022
Tarikh: 31/01/2022 - Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Selamat maju jaya!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
15 FEBRUARI 2022 (SELASA)
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.