Kekaburan Proses Implementasi Automatic Lane Barrier (ALB) UIAM
Nada Safiyya

Proses implementasi Automatic Lane Barrier (ALB) di UIAM Gombak telah membawa banyak kekeliruan dalam kalangan pelajar kerana isu ini tidak dijelaskan secara terus kepada pelajar sebelum proses implementasi oleh pihak OSeM (Office of Security Management).

IIUM_Full_Logo

Kronologi dan fakta di sebalik pelaksanaan ALB adalah seperti berikut;

  • Pada 11 Januari 2017, pihak OSeM UIAM memanggil Student Representative Council (SRC) UIAM untuk menghadiri penjelasan pagar automatic ALB.
  • Pada 17 Januari iaitu seminggu berikutnya, ‘dry run’ ALB telah dijalankan. Namun, ‘dry run’ ini akhirnya dipinda ke 4 Februari disebabkan reaksi tidak puas hati dari banyak pihak termasuk pelajar, pensyarah dan staff UIAM secara keseluruhan.
  • Sewaktu ‘dry run’ dijalankan, berlaku kesesakan lalu lintas di depan pagar sehingga menyusahkan seluruh komuniti UIAM termasuk perkhidmatan awam seperti bas, teksi, Uber dan Grab.
  • Situasi ini menimbulkan kemarahan sehingga terdapat cadangan dari pihak pelajar untuk mengadakan demo bantahan. Didesak kemarahan pelajar, rektor UIAM bersetuju untuk bertemu pelajar UIAM dalam sesi dialog pada petang 6 April 2017.
  • Semasa pertemuan, rektor menjelaskan bahawa kajian tentang implementasi ALB ini telah dijalankan sejak 3 tahun lalu, turut ditanya oleh pelajar tentang kos implementasi ALB dan akses kepada kertas kerja perlaksanaan ALB namun dua soalan ini cuba dielakkan daripada dijawab.
  • Rektor menegaskan bahawa beliau hanya mahukan sesi penambahbaikan implementasi, sedangkan sewaktu mula diimplimentasi tiada perbincangan dengan para pelajar.

Hal ini membuatkan para pelajar terkilan dengan reaksi pihak autoriti yang sepatutnya bersikap transparen terhadap sebarang pelaksanaan dan penambahan infrastruktur dalam kawasan UIAM. Jika benar pelajar dilayan sebagai pelanggan kepada institusi akademik ini yang memberi servis perkhidmatan kerana pelajar membayar yuran, kos- kos yang terlibat dalam sebarang transaksi institusi wajar diperlihatkan kepada para pelajar.

Saya tegaskan sekali lagi, akses kepada kertas kerja serta maklumat berkenaan kos terperinci perlaksanaan ALB perlu dibuka kepada komuniti UIAM kerana pada saya ini hak yang perlu diketahui ‘pelanggan’ institusi. Sebagai seorang pelajar biasa, saya melihat isu ini sebagai isu yang besar dan pihak autoriti sepatutnya memberi kerjasama mendengar suara pelajar.

By Editor

Leave a Reply