KUALA LUMPUR 24 MARCH 2020. Petugas di barisan hadapan terdiri dari Jururawat dan Doktor di Hospital Kuala Lumpur yang ditugaskan untuk merawat pesakit yang terkena jangkitan wabak COVID-19 sedang sibuk di bilik gerakan wad 28. NSTP/FATHIL ASRI.

Duduk rumah,
Dengar alam melepas nada,
Lihat alam beraksi lincah.

Awan kelmarin sesak berlanggar burung besi,
Gelap cerah silih berganti,
Tapi tidak kini,
Hanya tinggal burung alami,
Terbang lewati awan berarak sepi,
Dalam kawanan merentas bumi.

Daun semalam dibelenggu asap kepal,
Hingga diganti replika bersambung kabel,
Menghias pembahagi jalan paralel,
Kini nasibnya kembali asal,
Rintik hujan menjadi bantal,
Berselimut embun setelah hujan,
Segar menghembus kota metropolitan.

Hutan yang silam diceroboh hasil kilang,
Punah hidupan dibuang sarang,
Hasil buruan bertukar sumber wang,
Kini rimba seluas ruang,
Berpusu jadi tempat pulang,
Lindung hidupan dulunya sorok menghilang.

Duduk rumah,
Mesej sebalik mehnah,
Giliran alam melunas haknya.

HALISA SAMSUDDIN,
Aktivis Harmoni Universiti Malaya.

Leave a Reply