Reformasi Politik Kampus UKM dan IPTA

1. Sistem Individu vs Sistem Parti

Ada sesetengah pihak melihat perubahan daripada sistem calon bertanding atas kapasiti individu adalah lebih baik dari sistem parti kerana ia akan menghasilkan ‘pepuakkan’ dalam kalangan mahasiswa. Namun harus juga dilihat semula dalam konteks yang lebih luas tentang apa sebenarnya peranan politik kampus ini. Pada saya ia adalah proses ‘pendidikkan politik’ untuk pengundi muda mematangkan pengamalan demokrasi yang di amalkan di Malaysia. Di Malaysia kita ditunjangi sistem parti yang menawarkan ideologi yang berbeza. Berbeza pendapat dan ideologi ini satu perkara biasa dan baik sebenarnya, tetapi janganlah perbezaan itu dijadikan alat untuk membina tembok sehingga apa juga dari luar lingkungan kita adalah satu yang buruk dan tidak boleh bersetuju dengan kebajikan orang lain.

2. Petugas Pilihanraya HEP vs Petugas Pilihanraya Siswa

Tidak dinafikan HEP punya pengalaman dan cara kerja yang sistematik setelah sekian lama membantu proses demokrasi kampus. Sewaktu pasca idea mengadakan pilihanraya bebas pentadbiran saya juga antara yang menentang keras kerana pada hemat saya perlu ada ratio kerja yang jelas (50%pentadbiran:50%siswa| 30%pentadbiran: 70%siswa) kerana adalah satu beban untuk mahasiswa untuk memikul tanggungjawab tambahan yang memerlukan tenaga dan masa mereka. Tetapi saya boleh beri pujian pada UM(2018), USM(2019) dan UKM(2019) melaksanakan sistem 100% Proses Pilihanraya dijalankan oleh Mahasiswa. Tetapi apa saya boleh katakan tatkala kita lantik siswa menjadi SPR Kampus adalah untuk memudahkan cara kempen supaya proses itu lebih baik dan janganlah SPR oleh mahasiswa ini lebih keras walaupun dalam masa yang sama kawalan itu perlu.

3. Manifesto : Calon Fakulti vs Calon Umum

Adik-adik sekalian janganlah kita letak manifesto menjaga kebajikan siswa siswi, membawa suara mahasiswa keatas, mudah proses dapat dana MPP ataupun membantu mahasiswa dalam program. Sebab perkara-perkara di atas adalah tanggungjawab kamu sebagai pemimpin, nak tak nak soal kebajikan, membawa suara siswa dan bepartisipasi dalam program adalah gerak kerja pemimpin mahasiswa. Sebagai calon yang baik kamu harus mengambil risiko dan mencabar kelaziman di fakulti atau universiti kamu. Contoh umum Bazar Siswa sewaktu bulan Ramadhan oleh MPP Faris Osman, bekalan air mineral bagi setiap program mahasiswa MPP Terrence Ong. Contoh fakulti seperti Anugerah dekan oleh saya sendiri, hari penghargaan mahasiswa aktif fakulti MPP Nnysa Kamal dan penyediaan kit-kit wanita oleh MPP Nur Izzati. Membantu proses penetapan tempat internship oleh MPP Muhammad Izzat Ebrahim, dan menyediakan kemudahan mahasiswa FPI seperti MPP Munawaroh Fitri

4. Politik Kampus vs Politik Nasional

Saya menyokong baik usaha mahasiswa mengadakan rapat umum di luar kampus bagi mendesak dan menjadi semak imbang kepada kerajaan. Kemasukan aktor politik ke kampus juga saya amat galakkan kerana ia sebahagian dari proses demokrasi yang baik. Tetapi apabila cubaan mendoktrinisasi mahasiswa untuk menjadi jentera parti ‘di dalam kampus’ dan memanipulasi gerakkan mahasiswa agar membawa kepentingan politik luar ke dalam kampus itu ceritanya berbeza. Siswa harus melalui proses kematangan mereka untuk mencapai nilai politik yang lebih baik. Biarlah mereka berdiri sendiri saya percaya mereka sudah cukup bijak menilai dan memilih ideologi mana yang mampu memimpin Malaysia satu hari nanti.

Amirul, MPP FSSK 2018/19
Alumni UKM

Leave a Reply