BENGKEL JAWATANKUASA KERJA PELAKSANAAN PEMANSUHAN/PINDAAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI AUKU.

Suara Mahasiswa UMSKARMA dan Borneo Komrad telah dijemput untuk menghadiri Bengkel Jawatankuasa Pelaksanaan Pemansuhan/Pindaan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (AKTA30) yang dijalankan pada 26-28 april 2019 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM. Bengkel ini dihadiri oleh wakil-wakil mahasiswa seluruh Malaysia yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar MPP dan wakil-wakil organisasi mahasiswa.

Sepanjang bengkel tersebut berjalan, wakil mahasiswa membincangkan tentang autonomi mahasiswa sekiranya AUKU itu dimansuhkan atau dipindah. Perdebatan berlaku didalam setiap kumpulan yang telah dipecahkan bagi membincangkan AUKU ini dikalangan wakil mahasiswa.

Umum juga mengetahui bahawa beberapa pindaan dalam AUKU telah digubal dan dipindah. Pada kali terakhir dipindah adalah pada tahun 2012 ketika zaman pemerintahan kerajaan yang lepas. Akan tetapi yang menjadi tanda tanya hampir semua wakil-wakil mahasiswa yang menghadiri bengkel ini adalah, sekiranya AUKU ini benar-benar dimansuhkan pada 2020 iaitu pada tahun hadapan apakah undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang akan digubal dan diwujudkan bagi menggantikan AUKU tersebut. Adakah ianya digubal oleh kementerian atau universiti masing-masing yang mana peraturan itu digubal bersama wakil-wakil mahasiswa (MPP dan wakil organisasi-organisasi mahasiswa).

Untuk pengetahuan semua, sebanyak 12 orang wakil mahasiswa UMS telah terpilih untuk menghadiri bengkel tersebut yang mana Suara Mahasiswa mendapat dua kouta, KARMA dua kouta Borneo Komrad empat kouta dan tiga orang wakil dari Gagasan Siswa Merdeka (mahasiswa UMSKAL) dan seorang wakil MPP. Akan tetapi, pihak universiti kita pada mulanya hanya mahu menghantar tiga orang wakil sahaja dimana dua orang wakil mpp dan seorang wakil mahasiswa atas alasan universiti tidak mampu untuk menampung kos pegangkutan dengan jumlah yang dikatakan ramai.

Setelah menerima desakan dari pihak kami dan pihak penganjur, universiti telah memberikan satu lagi kouta kepada wakil mahasiswa dan satu lagu kouta MPP telah diberikan kepada wakil mahasiswa yang menjadikan seorang wakil MPP dan tiga orang wakil mahasiswa. Yang menambah kemarahan kami terhadap pihak universiti khususnya HEPA, mereka ingin menghantar staff pengiring bagi mengiring mahasiswa dalam menghadiri bengkel tersebut. Tetapi pihak penganjur mengatakan tidak perlu staff pengiring. Kita dapat melihat disini bertapa terbatasnya hak mahasiswa untuk bersuara dan melontarkan pandangan mereka. Mahasiswa dari UMSKAL telah mengunakan inisiatif sendiri untuk menghadiri bengkel tersebut dengan menampung kos pegangkutan dan mereka telah menghantar dua orang wakil Gagasan Siswa Merdeka.

Saya cukup terkilan dengan pihak universiti terutamanya HEPA yang tidak meraih bengkel atau program-program sebegini dimana jika dilihat dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai idealisme dalam membincangkan isu-isu mahasiswa dan masyarakat secara keseluruhannya.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan ajk pelaksana kerana telah menjemput kami bagi membincangkan isu-isu mahasiswa secara serius. Akhir kata daripada saya Hidup Mahasiswa Hidup Rakyat.

Dari Mahasiswa Kepda Mahasiswa
Dari Mahasiswa Untuk Rakyat Malaysia.

Wan Zawawi Bin Bakri
Presiden Suara Mahasiswa UMS
Wakil KARMA
Wakil Borneo Komrad.

Leave a Reply