Oleh: Hafni Zuhairi (Mat Pe-Ning)

Bosan bercakap tentang PEREMAJAAN apabila ia hanya sebagai kata sahaja, seusai itu tinggalah seperti tunggul buruk. Begitulah perangai orang UMNO saban tahun semasa kuasa di tangan mereka  dahulu. Itu memang cerita dulu, ketika merea berkuasa di Putrajaya dan yakin akan terus berkuasa selepas PRU14.

Rupanya tinggal angan-angan selepas ditimpa badai oleh mantan presiden UMNO sendiri iaitu Tun Mahathir dari luar UMNO sendiri iaitu BERSATU. Memang begitu tragis dan tidak berhati perut, tapi disebabkan kita leka selain lalai dengan kajian karut yang mengatakan UMNO kekal memerintah selepas PRU14.

Kesudahannya tinggallah Perlis dan Pahang terkontang kanting sedang kehilangan paruh untuk bertongkat, barangkali senasib dengan Kelantan dan Terengganu yang kembali di pangkuan PAS. Berdoalah supaya pemerintahan PAS di Terengganu kali ini jauh lebih baik daripada zaman 1999-2004 dahulu. Penulis yakin akan kemampuan Menteri Besar baru yang dilantik oleh rakyat. Insyallah….

 

Nothing but less, the only to make a comeback in the General Elaction is “REFORMASI”. Tahun 2018 tidak sama dengan peristiwa yang berlaku pada 1998, paling kurang PRU10 pada tahun 1999 UMNO hanya kehilangan Terengganu sahaja di tangan PAS. Malah PAS juga melakar ‘hatrick’ kerana mengekalkan Kelantan.

 

REFORMASI perlu dilakukan dari peringkat umbi, bermula dari peringkat cawangan, bahagian, perhubungan dan seterusnya ke peringkat pusat. Oleh itu, bukalah pertandingan untuk mengisi setiap jawatan yang dikosongkan dan jadilah ANAK JANTAN. Lebih jantan lagi sekiranya tiada POLITIK WANG pada kali ini, lebih simpan dan guna untuk menggerakkan program sepanjang pasca PRU14.

 

 

Sedarlah diri orang UMNO, kuasa bukan ditangan kita lagi yang akan menentukan bangsa. Malah masa yang selalu kita kata “Kita Sudah Tiada Masa” juga sememangnya lenyap. Dek kerana berebutkan mahsul rakyat yang datang daripada rakyat, kini melopong kerana ianya sudah menjadi milik orang lain.

 

Mujurlah sekiranya pucuk pimpinan sedar diri akan penolakan generasi muda kepada UMNO, kalau yang masih ada dan bersembunyi dibalik kelab-kelab mahasiswa UMNO atau dikutip melalui program PEMANAS, belum tentu jati diri mereka kepada UMNO kuat apatah lagi bersedia menghadapi kekalahan. Malah telah ramai kalangan mereka yang kesipuan atau malu-malu kucing di tepi bahtera lawan.

 

Ini bermakna UMNO perlukan satu bentuk modul PERKADERAN baru kepada pelapis, cukuplah jadikan PAS sebagai contoh dan lihatlah bagaimana hasil didikan dan tarbiah yang diberikan bermula dai zaman PASTI hinggalah kepada tamat pengajian di Madrasah. Dalam kita tertanya-tanya apakah perkaderan kita benar-benar berjaya, tanya generasi baru dalam UMNO. Apa yang mereka lakukan saat pemimpin kita diserang bertalu-talu ketiak zaman berkuasa dahulu. Jika adapun hanyalah ‘cybertrooper’ sahaja yang tak pernah akan jasanya jarang dihargai. Malu??

 

Bercakap tentang REFORMASI, teringat pula penulisan Dato’ Zaini Hassan dalam himpunan kolumnis yang dibukukan dan diberi nama ‘CUIT’. UMNO yang sedang tempang pada hari ini septutnya kembali menjiwai semangat yang dibawa oleh orang UMNO lama. Tak usah malu jika makan nasi bungkus sahaja ketika menghadiri persidangan dan bermesyuarat bahagian dibawah pokok sahaja.

 

 

Bercakap pasal gerakan aktivisme, UMNO juga adalah salah satu daripada cabang aktivis yang ditubuhkan selain PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin. Malah corak perjuangan dan gerakan UMNO berubah mengikut peredaran zaman dan keadaan semasa tanah air. UMNO perlu kembali kepada semangat orang-orang lama, agar biar mereka tahu bagaimana orang lama membawa haluan perjuangan untuk bernafas selepas 7 dekad.

 

Memandangkan gelanggang pemilihan untuk memilih nakhoda baru sudah dibuka, manfaatkan sebaiknya dan bertandinglah sekiranya ‘hanelang’ daripada menjadi petualang dalam parti semasa Pilihan Raya. Kalah pemilihan tak bermakna kita kalah perang, kerana pemilihan hanyalah medan untuk pilih siapakah yang ketuai perang.

 

Elok sangatlah sekiranya anak-anak muda yang degil dan liar dalam membawa gerakan masing-masing diluar untuk turut bertanding dalam pemilihan kali ini. Belajar dan manfaatkan sebaiknya platform ini walaupun baru di peringkat Pemuda mahupun Puteri. Percayalah bahawa, peluang mesti diberikan pada kali ini kerana masih ramai yang berkelayakan tetapi tidak berpeluang. Takkanlah masih mengharapkan kaum elit lagi, kerana kewujudan golongan ini juga antara faktor penolakan anak muda kepada UMNO.

 

Oleh itu, muhasabah diri masing-masing disamping mencari kelemahan dan menguatkan kembali segala perancangan untuk terus kekal relevan dalam arena politik negara. Semoga pemilihan kali ini adalah merupakan satu ‘kick start’ untuk UMNO kembali bernafas…wallahualam.

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply