MAHASISWA TERPERANGKAP KAT KOLEJ, GIGIH BANTU FRONTLINERS
HEROES
Minggu lalu, kita telah digemparkan dengan penambahan kes COVID19 semakin meningkat dengan penuh menakutkan. Mahasiswa khususnya sedang fokus dengan mengikuti pembelajaran seperti biasa di kampus. Namun, dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermulai mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Hal ini telah mengganggu emosi sebahagian besar mahasiswa Universiti Malaya yang belum sempat bertolak ke kampung, apabila disekat untuk tidak pulang dan dikehendaki duduk di kolej kediaman masing-masing selama tempoh PKP ini.
Namun begitu, perkara ini tidak menjadi halangan bagi mahasiswa yang ‘tersadai’ di kampus kerana sebahagian daripada mereka telah terlibat sama dalam menjayakan Projek Face Shield HEROES di bawah anjuran Persatuan Belia Harmoni Malaysia bersama 12 lagi NGO yang lain dan juga pihak hospital.
Face shield ini akan disalurkan ke hospital-hospital sekitar Lembah Klang yang mempunyai kekurangan keperluan topeng muka. Bantuan ini khusus kepada Petugas Kesihatan yang terlibat sebagai barisan hadapan (frontliners) dalam pencegahan dan perawatan bagi penularan wabak COVID-19.
Buat masa ini, kita telah berjaya mengumpulkan seramai 90 orang sukarelawan yang terdiri dari 7 kolej kediaman. Projek ini diketuai oleh saudara Fakhrillah Zaidi dan saudari Siti Nur Husna. Mereka merupakan aktivis Persatuan Belia HARMONI Universiti Malaya yang sedang menuntut di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Pihak UM dan Kolej Kediaman UM memberikan kerjasama yang baik dalam mengusahakan projek yang sangat memberi impak kepada petugas-petugas kesihatan kita di Hospital.
Para sukarelawan atau diberi gelaran Heroes ini, telah diingatkan agar mengikuti beberapa syarat dan SOP yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan dan kebersihan Face Shield supaya dapat dijaga dengan baik.
Antara aspek yang ditekankan adalah para sukarelawan tidak mempunyai sebarang simptom Covid-19 seperti batuk dan selsema, para sukarelawan perlu membasuh tangan dengan sabun sebelum proses pembuatan, dan menggunakan handsanitizer, tidak melebihi 3 orang dalam satu kawasan dan membuat di bilik masing-masing.
Setiap Heroes akan dibekalkan dengan A4 PVC, gam uhu, tali getah, dawai kokot,plastik hitam dan video tutorial. Kesemua bahan-bahan ini telah berjaya dikumpulkan melalui hasil sumbangan masyarakat luar yang prihatin dalam menyumbang ke tabung Face Shield Heroes ini. Saudara Amar dari Persatuan Pemuda GEMA Malaysia telah menjadi runner bagi mendapatkan bahan-bahan ini daripada pihak pembekal dan di hantar ke Kolej Kediaman Kedua belas bagi proses agihan barangan kepada tim Heroes.
Tahukah anda?
Begitulah yang boleh dikatakan apabila dengan kekuatan 22 orang Heroes dari kalangan mahasiswa Kolej ke-12 ini, sebanyak 700 buah topeng muka telah berjaya dihasilkan pada hari pertama proses pembuatan dan dalam masa yang kurang daripada 24 jam. Penumpuan pada hari pertama ini khusus kepada Heroes dari Kolej ke-12 kerana melihat kepada pelbagai aspek termasuklah gam uhu yang tidak mencukupi dan sebagai langkah permulaan sebelum diteruskan ke kolej kediaman yang lain.
Setelah selesai production batch yang pertama ini, kami terus menyampaikannya kepada Hospital Sungai Buloh dengan melalui runner, saudari Beula dan rakannya yang mewakili NGO The Rotary Club Sentul. Mereka berdua telah datang dan mengambil face shield ini di kolej kediaman ke-12.
Setakat ini, Universiti Malaya menjadi tempat penghasilan terbesar face shield untuk projek ini. Sehari kena siapkan 1500 buah dengan memberi fokus kepada Hospital Sungai Buloh sebagai penerima utama. Tahniah HEROES UM!
Tabung Face Shield Covid-19 masih memerlukan dana untuk menampung pembelian bahan-bahannya. Sekiranya anda ingin menyumbang, boleh terus tekan klik pada link di bawah ya.
https://www.billplz.com/faceshieldheroes
Sebagai rujukan ini link video tutorial yang dihasilkan oleh Tim Heroes UM:
#bantuselagimampu
Antara bahan-bahan daripada hasil sumbangan yang dihantar oleh runner.
Hasil Face Shield yang berjaya dihasilkan oleh tim Heroes.
Tim Heroes sedang dalam proses membuat Face Shield. Handsanitizer tidak dilupakan untuk dipakai sebelum membuat Face Shield.
Sumbangan berjaya diberikan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh melalui runner dari NGO The Rotary Club.
SITI NUR HUSNA BINTI TUKIRAN
Aktivis Persatuan Belia HARMONI Universiti Malaya
Sukarelawan Face Shield HEROES