Anda tergolong dari mereka yang sedang mencari pekerjaan? Merupakan anak jati negeri Perak? Kini, ada berita gembira buat anda. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah membuka 10 kekosongan jawatan pelbagai bidang bagi mereka yang berminat.
Oleh itu kepada calon berwarganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN
1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41 SOSIAL (KONTRAK/TETAP)
2. PENGHULU NP29 PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (TETAP)
3.PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29 PERTANIAN (KONTRAK/TETAP)
4. PEMBANTU PENILAIAN W19 KEWANGAN (KONTRAK/TETAP)
5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 KEWANGAN (KONTRAK/TETAP)
6. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA19 KEJURUTERAAN (KONTRAK/TETAP)
7. PELUKIS PELAN (SENI BINA) JA19 KEJURUTERAAN (KONTRAK/TETAP)
8. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 KEMAHIRAN (KONTRAK/TETAP)
9. PEMBANTU OPERASI N11 PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (KONTRAK/TETAP)
10. PEMANDU KENDERAAN H11 KEMAHIRAN (KONTRAK/TETAP)
GAJI
Semak gaji di sini
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Anak Kelahiran Negeri Perak
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai SRP/PMR/SPM/Sijil Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak
- Kemas
- Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
CARA MEMOHON
- Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
- Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
- Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Selamat maju jaya!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
26 JANUARI 2021 (RABU) 11.59 MALAM
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada :-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan
( u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.