Posted on

Perjuangan Bantah Yuran LI UMK Gagal

Ini ialah update mungkin terakhir kalinya, maaf jika ada sebahagian dari penjelasan ini menyakitkan.

1. Pihak yang mengusulkan isu ini telah cuba sehabis baik dengan menghantar laporan,mencari bukti dan sebagainya, namun beberapa kesilapan yang terjadi telah memusnahkan segalanya.

2. Ya, kita boleh ambil tindakan pada awalnya, dengan memfailkan kes di mahkamah,laporan Biro Pengaduan Awam dan sebagainya namun kesilapan dengan memilih untuk menyelesaikan segalanya di luar undang-undang menyebabkan kita tak dapat selesaikan isu ini di mahkamah.

3. Perjumpaan yang telah dibuat oleh pelajar dengan umk telah menyebabkan kes ini dianggap telah di selesaikan di luar mahkamah, malahan hasil perjumpaan di anggap para pelajar bersetuju dengan solusi oleh pihak UMK.

Continue reading Perjuangan Bantah Yuran LI UMK Gagal

Posted on

Yuran UMS Naik Lagi?

Oleh; Mohammad Fahreen

Untuk sesi lalu yuran pengajian bagi bidang sastera hanyalah berjumlah RM1530 dan bagi sesi ini naik sebanyak RM1560, kita dapat kenaikan sebanyak RM30 dari semester lalu. Mohon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah menjelaskan lebih terperinci mengenai kenaikan yuran yang telah dikeluarkan.

Kalau dapat dilihat disitu, kenaikan yuran disebabkan oleh insurans dan yuran persatuan mahasiswa. Bagi insurans pula sebanyak RM25 dan yuran persatuan pula adalah RM5. Sebelum ini mahasiswa UMS sudah membayar insurans kelompok sebanyak RM30 dan kali ini mahasiswa dikenakan lagi dengan bayaran insurans yang mahasiswa sendiri tidak tahu itu adalah insurans apa? Seharusnya MPP UMS menjelaskan lebih terperinci mengenai hal ini, bukannya hanya mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang penjelasan mengenai kenaikan yuran.

Yuran Naik

Kenaikan yang kedua pula disebabkan oleh yuran persatuan mahasiswa UMS. Bayaran ini juga sepertinya baru dikenakan kepada mahasiswa untuk sesi 17/18, sebelum ini tiada bayaran yang dikenakan untuk yuran persatuan. MPP seharusnya juga menjelaskan persatuan itu dan mengapa ianya dikenakan bayaran yuran.

Mungkin jumlah RM30 itu dilihat sangat sikit, tapi bagi mahasiswa jumlah RM30 itu sangat besar nilainya untuk kehidupan seorang mahasiswa, MPP haruslah menjelaskan lebih terperinci mengenai yuran yang dinaikan.

Mohammad Fahreen
Suara Mahasiswa UMS