Posted on

PRK UTHM – Pocong Ditemui di UTHM

Dalam kita cuba untuk mencari sinar baharu dalam politik kampus, masih ada segelintir mahasiswa yang mahu menetap di takuk lama. Perbuatan seperti ini jelas memalukan mahasiswa, kami dari Nadi Mahasiswa mengecam tindakan yang tidak melambangkan sahsiah dan minda mahasiswa.

Apa komen anda tentang insiden ini?

Jangan-jangan selepas ini kita akan melihat pontianak pula. Apa-apa pun, bertandinglah dengan sihat dan hujah, barulah mahasiswa akan digeruni dan dihormati.

Posted on

UTHM – PRK terburu-buru, nak pi mana?

11 September 2017 lalu, pihak pentadbiran UTHM telah menaikkan notis tarikh Pemilihan Majlis Pemilihan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Pilihanraya Kampus (PRK).

Tempoh pengumuman seawal hari kedua minggu pertama pengkuliahan dilihat terlalu awal. Pada masa para pelajar masih sibuk dengan urusan pendaftaran subjek, pihak universiti  telah mengumumkan tarikh pilihanraya.

Berikut adalah kronologi tarikh-tarikh penting fatrah Pilihanraya Kampus UTHM;

11 September 2017 – Notis Pilihanraya dinaikkan
13 September 2017 – Tempoh pengesahan berpusat
14 September 2017 – Hari Penamaan Calon
15 – 16 September 2017 – Hujung minggu dan hari dilarang berkempen
17 – 19 September 2017 – Hari Berkempen
20 September 2017 – Hari Pengundian

Continue reading UTHM – PRK terburu-buru, nak pi mana?

Posted on

KAU MASUK UNIVERSITI NAK JADI APA?

KAU MASUK UNIVERSITI NAK JADI APA?
Penulis;
Abdul Majid Abd Aziz
facebook.com/abdulmajidabdaziz

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali tahniah aku ucapkan kepada adik-adik yang dah dapat keputusan UPU untuk kemasukan peringkat Ijazah IPTA Malaysia September ni. Mesti kau yang dah dapat result tu rasa macam-macam kan? Seronok, takut, risau, teruja semua ada lah. Kau jangan rasa diri kau tu dah gempak sangat bila kau dapat surat tawaran tu. Zaman sekarang ni bukannya special sangat pun kalau dapat sambung belajar masuk universiti. Ok sekarang ni aku nak tanya kau yang kau masuk universiti ni kau nak jadi apa?

“Nak jadi pandai la bang, apa punya soalan abang tanya ni?”. Aku tau dah itu mesti jawapan skema yang kau akan bagi. Kalau aku tanya sebab apa nak jadi pandai mesti kau akan jawab sebab nak dapat keputusan exam yang baik untuk senang dapat kerja kan? Aku tau punya lah sebab memang ini yang mak bapak pakcik makcik kita dah sebut dekat kita dari zaman kita kecil lagi.

Okay sini aku nak bagitau kau perihal masuk universiti ni. Kalau kau semata-semata masuk universiti ni sebab nak jadi pandai biar ada ijazah untuk senang dapat kerja, aku cadangkan kau tak payah masuk universiti lah sebab isu dapat tak dapat kerja ni bukan semudah kau dah ada ijazah lepas tu confirm kau dapat job. Kawan aku belajar setakat SPM jer tapi kaya dia tu lain macam betul sampai dah ada kedai emas, ladang strawberi, kereta AUDI, syarikat sendiri dan bermacam bagai. Dan dia sebaya dengan aku yang masuk universiti sebab nak dapat ijazah ni!

Habis tu buat apa kita susah payah masuk universiti ni? Jawapan yang aku nak bagi adalah untuk kau belajar jadi ‘manusia’. Serius! Ini jawapan aku. Mesti kau ingat aku perkecilkan orang yang tak masuk universiti kan? Habis orang yang tak masuk universiti ni tak jadi manusia ke? Bukan, maksud aku adalah universiti ni adalah antara tempat terbaik untuk kau belajar jadi ‘manusia’.

Okay sekarang aku nak kau tengok balik mahasiswa zaman dulu dan mahasiswa zaman sekarang. Zaman dulu nak masuk universiti ni bukan benda biasa dan bukan benda senang. Dalam satu kampung tu mungkin ada seorang jer yang layak masuk universiti. Seorang yang masuk ni la  yang memang betul-betul ada jiwa besar nak belajar dan terokai dunia yang tak ada dekat kampung dia. Sebab itu mahasiswa zaman dulu betul-betul ada kualiti dan bermutu, masa dekat universiti mereka ni beraktiviti bagai nak gila. Diorang ni bagi kenyataan pun orang ramai ambil cakna dan ambil tahu sebab orang tau yang bagi kenyataan tu mahasiswa iaitu orang terpelajar. Tapi zaman sekarang ni macam mana? Aku tak nak cerita panjang-panjang sebab aku rasa kau pun tahu macam mana.

Apa yang kau nak buat di universiti selain belajar dalam kelas? Kau belajar lah benda lain. Rasa nak belajar pasal berorganisasi kau masuklah kelab atau persatuan. Rasa nak buat kerja-kerja volunteerism kau joinlah geng-geng dapur jalanan atau macam TFTN yang ajar budak-budak secara percuma tu. Kalau kau rasa nak ke sisi dunia yang lebih kompleks, kau jadilah budak JIK hehe. Bab JIK ni kena tulis di tajuk yang lain. Tulis kat sini tak sedap.

Universiti ni adalah tempat untuk kau bereksperimen sebenarnya. Aku ambil contoh diri aku sendiri, dari tahun 1 lagi aku dah mengambil jalan untuk menjalani kehidupan yang berlainan dari rakan-rakan sekuliah aku. Aku join kelab yang islamik sikit dan jadi budak JIK. Tiap-tiap hujung minggu aku tak pernah ada masa free, mesti ada program punya. Dari situ aku belajar macam-macam sebab berprogram ni. Dan aku juga berpolitik sejak dari aku tahun 1 lagi! Tahun 1 lagi aku dah join Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat KL. Takut betul masa tu kalau-kalau ada SB yang cam muka aku dan report ke pihak universiti. Padahal tak ada apa pun haha. Masa PRU13 aku siap tolong edar risalah kempen calon dari rumah ke rumah. Itu semua aku buat masa aku tahun 1.

Tahun 2 aku mula berpolitik kampus di samping berprogram kelab persatuan macam biasa. Bila kau mula masuk dalam politik kampus ni, dekat sini sebenarnya kau boleh eksperimen macam-macam. Aku belajar sendiri teknik kempen macam mana yang berkesan. Macam mana nak promosi calon dan macam mana kau nak approach minta budak tu jadi calon untuk parti politik kampus kau. Ada tahun aku cuba letak banyak calon perempuan dan ada tahun aku cuba letak banyak calon lelaki. Keputusan dia berbeza-beza beb! Dari sini kau dah boleh belajar macam mana budak-budak universiti berfikir dalam bab-bab memilih ni. Kau akan mula cari solusi untuk masalah-masalah kebajikan dalam kampus kau dan kau akan belajar perangai manusia.

aksi-mahasiswa

Tapi bila difikir balik, aku rasa lagi seronok dan berbaloi kalau aku mula masuk dalam bidang berniaga ni dari aku tahun 1 lagi. Bab berniaga dekat universiti ni aku mula masuk masa aku tahun 3. Aku dan kawan-kawan seJIK dengan aku buat bisnes kiosk printing. Memang pengalaman baru lah aku cakap! Kau akan rasa sendiri yang kau kena bahagi sikit masa kau untuk fokus dalam cari duit pulak. Kau akan mula lebih berjimat cermat dan mencari jalan-jalan penyelesaian untuk minimakan pengeluaran duit dan memaksimakan keuntungan. Dan kau akan sedar bila kau mula sibuk berniaga, aktif politik kampus, aktif dengan Jemaah Islam Kampus dan tidak lupa juga pasal study, kau akan rasa kau dah kurang masa nak buat-buat benda mengarut terutamanya couple-couple tak guna cari awek bagai ni. Kalau tak percaya kau try lah!

Apa fungsi kau buat semua tadi dekat universiti tu dengan kau masuk universiti sebab nak jadi manusia? Kau tengok sendiri bila kau dah keluar universiti nanti, kau rasa ada tak lubang-lubang di celahan masyarakat yang kau rasa kau boleh menyumbang? Dengan bermacam ilmu yang kau dapat dari beraktiviti di universiti tu, takkan satu pun kau rasa takde untuk kau menyumbang dekat masyarakat?

Sekarang kau tengok pulak beza kau dengan budak yang masuk universiti semata-mata nak belajar dalam kelas. Kau tengok apa yang diorang ni buat masa hari kuliah dan masa hari minggu. Dan kau rasa apa yang diorang ni boleh jadi bila dah habis belajar nanti selain tunggu dapat offer kerja? Apa yang masyarakat boleh dapat dari diorang ni kau rasa?

Bila kau dah belajar macam-macam di universiti ni, kau akan mula memandang sesuatu dari sudut yang lebih luas. Bila ada isu viral di alam maya, kau tak akan jadi macam tipikal melayu yang akan menyalahkan cina dan yahudi dalam semua perkara. Akan timbul sifat ingin tahu dan mencari kebenaran dalam diri kau terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kau. Cuma masalah sekarang ini adalah bila kau dah aware dengan apa yang berlaku, adakah kau akan bertindak atau akan duduk diam dan buat-buat tak tahu? Perkara ini yang akan menentukan kau dah jadi manusia ke belum.

 

Jadinya sekarang ni kau masuk universiti sebab nak jadi apa?