Posted on

Mahasiswa SBN Jangan Ganggu UNISEL!

LAPORAN ASAL : SINAR HARIAN

SHAH ALAM – Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menamakan diri sebagai Siswa Barisan Nasional (SBN) yang didakwa merancang untuk melakukan provokasi sempena Hari Terbuka Unisel 2017, di kampus Shah Alam, di sini.

Presiden Alumni, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, pihaknya kesal kerana kumpulan terbabit berusaha mencemari karnival dengan provokasi hingga menyebabkan ketidakselesaan pengunjung.

“Mereka merancang provokasi tersebut dengan memuat naik video menerusi laman sosial Facebook dan menghantarnya melalui aplikasi WhatsApp kepada alumni dan MPP.

“Video tersebut tular hingga menyebabkan tiga sekolah menengah di Lembah Klang bertindak membatalkan niat membawa pelajar hadir ke Hari Terbuka hari ini (semalam) kerana khuatir dengan keselamatan,” katanya pada sidang media bersama MPP, di pekarangan Unisel Kampus Shah Alam, di sini, semalam.

Pada masa sama, menurutnya, pihaknya percaya tindakan provokasi itu sebagai usaha menggagalkan orang ramai mendaftarkan diri dan juga anak-anak bagi mengikuti pembelajaran di universiti milik kerajaan Selangor ini.

“Kami yakin ia juga atas dasar dendam dengan kerajaan negeri ekoran isu membabitkan Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika mereka nak tunjuk protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, saya nak mereka tahu bahawa pejabatnya bukan di sini….sebaliknya di sini adalah universiti tempat untuk menuntut ilmu,” katanya.

Sementara itu, Presiden MPP, Mohd Iskandar Zulkarnain Lukman Lee berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya melakukan provokasi dengan cara tidak profesional.

“Perkara ini boleh dibincangkan secara bersama kerana isu pendidikan amat tidak sesuai untuk dipolitikkan.

“Kita serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas jika berlaku provokasi yang boleh mendatangkan kecederaan dan sebagainya kepada pengunjung,” katanya.

Hari Terbuka Unisel 2017 ‘Karnival Jelajah GEMS’, generasi Idaman Selangor berlangsung di Unisel Kampus Shah Alam selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Ogos.

Posted on

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kampus UNISEL

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang memenangi Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor sesi 2017/2018. Semoga tanggungjawab yang diamanahkan digalas dengan sebaiknya.

Berikut adalah keputusan PRK Universiti Selangor Kampus Shah Alam pada tahun ini:-

CALON KERUSI UMUM

1. Muhammad Alif Bin Riduan (HM) – 706 Undi
2. Muhammad Rahimi Bin Mohamad Rafi (HM) – 639 Undi
3. Norasnizam Bin Mohd Nadzari (GM) – 471 Undi
4. Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Lukman Lee (GDP) – 767 Undi
5. Nur Adlina Binti Mohd Sarwani (GDP) – 1015 Undi
6. Devenie A/P Alagesen (GM) – 554 Undi
7. Hajar Aisha Bee Binti Mohamed Riza (GM) – 950 Undi
8. Raymond Anak Jarai (GM) – 518 Undi
9. Nik Rosli Mualim Bin Ahmad Elbi (GDP) – 416 Undi
10. Nor Baizura Binti Ghazali (GDP) – 657 Undi
11. Hazwan Munir Bin Abu Husin (HM) – 524 Undi
12. Tan Zhi Xuan (GM) – 815 Undi

KERUSI UMUM DIMENANGI – 5 KERUSI

1. Nur Adlina Binti Mohd Sarwani (GDP) – 1015 Undi
2. Hajar Aisha Bee Binti Mohamed Riza (GM) – 950 Undi
3. Tan Zhi Xuan (GM) – 815 Undi
4. Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Lukman Lee (GDP) – 767 Undi
5. Muhammad Alif Bin Riduan (HM) – 706 Undi
6. Nor Baizura Binti Ghazali (GDP) – 657 Undi

 

16998796_1209965765787088_2280284235624196366_n

CALON KERUSI FAKULTI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN

1. Berman Bin Mad Haris (GM) – 556 Undi
2. Mastura Binti Abdul Rahman (GDP) – 700 Undi
3. Nazirul Syazwan Bin Zainur Rashid (GDP) – 660 Undi
4. Amanina Binti Ahmad Ramzi (GM) – 752 Undi
5. Nurul Fatihah Binti Anizam (GDP) – 649 Undi
6. Nadiyah Binti Sudurei (GDP) – 493 Undi
7. Muhammad Syazwan Bin Abdul Rahim (HM) – 414 Undi
8. Mohd Alif Amirul Bin Mohd Yunos (GM) – 551 Undi

KERUSI FBA DIMENANGI – 5 KERUSI

1. Amanina Binti Ahmad Ramzi (GM) – 752 Undi
2. Mastura Binti Abdul Rahman (GDP) – 700 Undi
3. Nazirul Syazwan Bin Zainur Rashid (GDP) – 660 Undi
4. Nurul Fatihah Binti Anizam (GDP) – 649 Undi
5. Berman Bin Mad Haris (GM) – 556 Undi

CALON KERUSI FAKULTI KOMUNIKASI, SENI VISUL DAN PENGKOMPUTERAN

1. Nur Aliah Binti Ahmad Aishom (GDP) -124 Undi
2. Nursyaziyah Binti Md Sharif (GM) – 125 Undi
3. Shahirah Nadhirah Binti Shairi (GDP) -158 Undi
4. Nor Mashitah Binti Sulaiman (GM) – 155 Undi
5. Muhammad Adib Bin Abdul Rahman (GM) – 173 Undi

KERUSI FCVAC DIMENANGI – 3 KERUSI

1. Muhammad Adib Bin Abdul Rahman (GM) – 173 Undi
2. Shahirah Nadhirah Binti Shairi (GDP) -158 Undi
3. Nor Mashitah Binti Sulaiman (GM) – 155 Undi

CALON KERUSI JABATAN SAINS KESIHATAN, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS HAYAT

1. Muhammad Sabri Bin Basir (GDP)

KERUSI FMITD MENANG TANPA BERTANDING

1. Muhammad Sabri Bin Basir (GDP)

JUMLAH KERUSI YANG DIMENANGI OLEH PARTI YANG BERTANDING

Gabungan Demi Pelajar
4 Umum, 5 Fakulti

@gerakanmahasiswaunisel
2 Umum, 4 Fakulti

Harapan Mahasiswa
1 Umum

 

 

SUMBER