Posted on

Pilihanraya Kampus (PRK) Di Universiti Awam (UA) & Universiti Swasta (US) Utama Sekitar Lembah Klang

Oleh Halmie Azrie Abdul Halim,
Exco Antarabangsa PKPIM Pusat, sesi 2016/2017

 

Beberapa catatan umum (pandangan peribadi) yang ingin dikongsikan buat teman-teman mahasiswa dan mahasiswi.

Pembukaan semester akademik pada sekitar bulan September di kampus-kampus institusi pengajian tinggi awam khususnya sering kali akan menyaksikan beberapa insiden penting berlaku.

Selain dari sambutan pendaftaran pelajar baharu (sesi orientasi, dsb) dan juga proses mengatur jadual kuliah masing-masing, para mahasiswa-mahasiswi di peringkat ijazah sarjana muda secara lazimnya akan menyaksikan persediaan ‘mood’ untuk berlangsungnya pilihanraya kampus yang akan berlanjutan sehingga bulan Oktober.

Bergantung kepada faktor demografi, sikap aktif atau pasif mahasiswa-mahasiswi terhadap politik, bidang pengajian atau jenis fakulti yang ada, tradisi persejarahan, serta isu semasa yang menjadi bualan di kampus masing-masing akan menyumbang langsung kepada suasana pilihanraya kampus yang berbeza-beza. Continue reading Pilihanraya Kampus (PRK) Di Universiti Awam (UA) & Universiti Swasta (US) Utama Sekitar Lembah Klang