Posted on

UM – UMANY Dakwa Presiden MPPUM Khianati Mahasiswa

Isu terhangat kampus yang sedang diuar-uarkan merupakan kes pembekuan Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) oleh HEP. Kenyataan Presiden Syaiful telah menunjukkan beliau adalah langsung tidak memahami seluruh asal-usul kejadian tersebut tetapi padahalnya PBCUM telah jelas ditindas oleh pihak HEP. Atas sebab berikutnya, UMANY ingin menyatakan kekecewaan terhadap Presiden MPPUM ini yang telah diucapkan tahniah oleh Najib UMNO baru-baru ini atas kejayaannya dalam memimpin proksi UMNO kampus dalam PRK yang lalu.

1)Mahasiswa berhak untuk mengadakan aktiviti dengan bebas

Menurut kenyataan PBCUM, permohonan aktiviti bagi badan pelajar sepatutnya hanya perlu dihantar 2 minggu sebelum aktiviti dijalankan kalau mengikut prosedur biasa. Akan tetapi, PBCUM pula telah diminta oleh pegawai untuk menghantar permohonan (kertas kerja) bagi semua aktiviti sepanjang tahun pada awal sesi tahun dan hanya dibenarkan menghantar sekali sahaja! PBCUM pernah mencuba untuk mengadakan kelas “Rule Of Law” tetapi ditolak oleh HEP atas alasan lapuk bahawa tidak mengikuti peraturan universiti walaupun PBCUM telah mengikuti prosedur yang ditetapkan. Continue reading UM – UMANY Dakwa Presiden MPPUM Khianati Mahasiswa