Posted on

AWANI – Belanja Makan Selepas Sign Kehadiran Rakan Adalah RASUAH

KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengakui wujud amalan rasuah dalam kalangan penuntut universiti awam.

Bagaimanapun Presidennya, Adib Ashman Burhan Burhanudin menegaskan tiada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya buat masa kini berhubung isu tersebut (rasuah).

Tambahnya, berdasarkan pemantauan, sebahagian besar penuntut tidak mengetahui rasuah berlaku dalam aktiviti seharian termasuk menawarkan ganjaran seperti membelanja makan tengah hari. Continue reading AWANI – Belanja Makan Selepas Sign Kehadiran Rakan Adalah RASUAH

Posted on

Mahasiswa Pun Ada Terlibat RASUAH

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa di negara ini di tahap membimbangkan susulan kajian yang dilakukan entiti itu pada tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 1,000 penuntut universiti pada tahun lalu, pihaknya merekodkan 16 peratus dalam kalangan mereka sanggup menerima rasuah manakala 18.5 peratus pula sanggup memberi rasuah.

Sehubungan itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyekat gejala rasuah daripada terus menular di peringkat akar umbi termasuk mahasiswa menerusi beberapa program dan kempen yang dijalankan di insititut pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Continue reading Mahasiswa Pun Ada Terlibat RASUAH

Posted on

Mahasiswa boleh berpolitik, namun jangan sampai dipergunakan – Idris

BATU PAHAT: PenuntutĀ  institusi pengajian tinggi (IPT) boleh berpolitik, namun perlu mematuhi ruang lingkup ditetapkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata ini bagi memastikan mahasiswa tidak bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.

“Saya mengingatkan mahasiswa agar tidak bertindak keterlaluan dan jangan mudah dipergunakan oleh pihak luar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Minda Emas (PuMAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Tanjung Laboh, di sini hari ini.

idris_jusoh_111114_tminazirsufari_01

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembabitan mahasiswa dalamĀ  perhimpunan yang dicadang diadakan pada Sabtu ini di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur anjuran kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda.

Idris berkata pihaknya tidak mahu melihat berlaku budaya ‘tunjuk hero’ yang dilakukan oleh mahasiswa sebelum ini kerana ia bukan budaya Malaysia.

Beliau berkata mahasiswa perlu ada sikap tanggungjawab dan memberi perhatian kepada pelajaran kerana mereka merupakan harapan kepada ibu bapa dan negara.

“Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan wang sebanyak RM18,000 bagi seorang mahasiswa melanjutkan pengajian ke IPT. Mahasiswa hanya membayar lebih kurang RM1,000, ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak 90 peratus,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata PuMAS ditubuhkan oleh UTHM bagi melahirkan jaguh dan insan yang mempunyai minda kejayaan.

“Ia pusat yang baik kerana dikelilingi dengan suasana perkampungan serta berdekatan dengan kawasan bandar Batu Pahat,” katanya.

Beliau berkata kedudukan PuMAS yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Tanjung Laboh akan menjadikan kawasan sekitarnya sebagai kegunaan latihan dan pelajaran aeronautik pada satu masa nanti.

“Saya difahamkan bahawa pihak unviersiti akan mengadakan kerjasama dengan seorang pelabur untuk memajukan bidang aeronautik di sini,” katanya.

PuMAS yang dibina atas kawasan seluas enam hektar dengan kos pembinaan bernilai RM11 juta akan menjadi pusat latihan dan kegiatan luar warga UTHM.

LAPORAN ASAL