Posted on

Islam dan Feminisme

Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam, buat kekasih.

Segala puji bagi Allah, yang telah mengurniakan kehidupan kepada manusia, yang dengannya mereka memilih dan memahat di papan-papan takdir ketentuanNya, untuk dibacakan di Hari Sana, Hari Abadi yang tak ada lagi hari sesudahnya. Segala puji bagi Allah, yang mengurniakan akal budi kepada manusia, yang dengannya, mereka menimbang pilihan mereka, memilih untuk menyesal atau berbahagia, selaku ujian dan bukan percuma dipinjamkan. Segala puji bagi Allah, yang menciptakan mereka berpasangan nan saling bergantungan, dan menyedari hakikat berpasangan ialah untuk melengkapkan kekurangan, bahawa mereka tidak boleh hidup sekiranya bersendiri di dunia ini; sunnatullah dan ketetapanNya yang berhikmah tak terperi, bahawa yang berhak tunggal dan ditunggalkan hanyalah Dia, yang Esa, selamanya.

Cinta hati kita pernah bersabda, “Perempuan merupakan saudara bagi lelaki.”  (HR Ahmad, Tirmizi & Abu Daud) Dua perkara yang harus kita tekankan di sini ; bahawa identiti yang dibawa perempuan tidak sama dengan lelaki, kedua, bahawa dua identiti ini dijaga atas nama persaudaraan kemanusiaan, yang menjamin kesaksamaan (bukan kesamarataan) menurut panduan syarak berdasarkan dalil, yang asalnya perempuan itu sama seperti lelaki, melainkan dalam perkara yang dikhaskan oleh syarak; di mana persaudaraan ini dibina dan dijaga atas dasar keadilan, dan keadilan pula secara praduga dan iman diyakini berada di dalam syarak yang hakiki (bukan semata-mata pentafsirannya). Dasar inilah yang membentuk wacana feminisme Islam. Continue reading Islam dan Feminisme