Posted on

‘Waktu Muda Tidak Menunggu’

Berbeza kaum, berbeza tujuan, berbeza jiwa
Walaupun beribu kali ‘perbezaan’ ditimbulkan, kita masih mendiami dunia yang sama
Kita mengagumi bulan yang sama, kita merasa terik mentari yang sama, kita bernafas sama udara pagi yang tercemar, atau kadangnya yang segar
Kenapa tidak mengangkat persamaan, dan meraikan keunikan setiap pandangan kita

Kamu mungkin tidak seperti aku, dan aku tidak seperti kamu
Semuanya ini, keberadaan yang berbeza harus dihimpun – untuk memikir melampaui hanya kuasa dan wang
Untuk melihat melangkaui hanya politik lama dan ideologinya
Juga, kawan-kawanku, zaman muda bukan hanya untuk bersantai tetapi kita di sini diperlukan untuk memikir melampaui keremehan arus perdana
Kita harus mendesak untuk menegakkan keihsanan dan kemanusiaan

Dunia yang lebih baik
Adalah dunia di mana kita boleh jujur dengan diri kita, menyuarakan apa yang terpendam dalam sanubari
Adalah dunia di mana kita henti memuja pemimpin dan menuntut mereka bergerak dengan kita ke arah kebaikan, bukan menguasai kehidupan kita, dan kemudiannya memisahkan mereka yang terpinggir
Adalah dunia di mana kita mengiktiraf dunia manusia yang aneka ragam dan bahagia dengan kehadiran semua antara kita
Dunia yang lebih baik
Bukan hanya perihal hidup kita sendiri, tetapi satu tanggungjawab bersama untuk berjuang mempertahankan nilai insani setiap manusia

Teman-teman seperjuangan,
Cukup kita menunggu kerana semua orang menunggu dan tidak ada yang mahu bergerak, semua mahu menyertai dan tidak ada yang mahu membangunkan
Semua menunggu untuk satu kebangkitan agung
Menjadi muda, kita tidak menunggu, kita bergerak, kita menggelora, kita menyoal, kita memberdaya, kita mengubah

Menjadi muda memerlukan tindakan yang jauh lebih mengakar, kita harus membantu yang lain dan menjadikan setiap hubungan lebih bermakna, menjadikan dunia kita lebih progresif dan cergas
Hidup, masa dan jiwa kita harusnya adalah milik kita. Tidak ada sesiapa yang akan membela kita. Oleh itu semuanya terserah kepada kamu dan aku.

* Waktu Muda Tidak Menunggu ditulis oleh Ainina Sofia, dan diterjemah oleh Ken. (Manifesto asal: ‘Youth Do Not Wait’)

** Manifesto ini ditulis sempena acara Manifesto For A Better World anjuran Arts For Grabs di The School, Petaling Jaya

*** Kali kedua dibaca di khalayak pada Rapat Umum Memperingati Angkatan Pemuda Insaf #API71 di hadapan SOGO

 

Posted on

Mahasiswa Pemandul Akalnya Sendiri

Oleh: Usaid Asmadi, Aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia

Tadi aku lepak kejap di ruang rehat pelajar di fakulti pengajianku sementara menunggu kelas jam 2 petang nanti. Ada lebih kurang 3 jam disediakan oleh Tuhan kepada aku untuk dimanfaatkan. Disebelah aku ada buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang karya ZF Zamir sambil jari jemariku sedang melayan wasap pembeli yang mahu beli buku dengan aku.

Dimeja yang berwarna coklat, tempat yang sama aku duduk ada sekumpulan mahasiswa yang lain. Lagaknya seperti sedang menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Aku tak tahu subjek apa dan aku malas nak ambil tahu. Tetiba telinga aku tertangkap satu perbualan kumpulan mahasiswa ini dalam selang masa perbincangan mereka.

“Ni apa weh?”, Soal dia sambil menunjukkan paparan di telefon pintarnya kepada kawan sebelahnya.

“Kau tak yah tanya. Kau buat je”, Balas kawannya lalu sambung menulis apa yang dibaca ditelefon pintarnya.

Lalu dia mendiamkan diri sambil menulis sahaja apa yang disuruh. Aku terdiam. Lama aku termenung cuba memahami respon yang dibalas kepada soalan temannya. Continue reading Mahasiswa Pemandul Akalnya Sendiri

Posted on

Universiti Korang Block NadiSiswa? Kami Tunjukkan Cara Untuk Atasi

Oleh; Maisarah Mohd Pauzi

Sejak dua menjak ni, banyak pula artikel pasal USM di laman nadisiswa ni. Tahniah buat sukarelawan PRK USM dan Pemerhati Siyasah USM yang sudi menyampaikan perkembangan PRK di USM. Oh, tak kurang juga, kami mendapat khabar berita, laman nadisiswa.com kena block di USM (kampus kejuruteraan). Haha.

Jadi, macam mana nak akses blog ni kalau kena block (atau website lain macam website drama korea)? Jawapannya… ada banyak cara…

  • Install Software Psiphon

Software ini akan unblock semua website yang wifi university korang block! Lepas ni, tak payah susah-susah nak beli mobile data semata-mata nak tonton drama korea! Hehe! Oh, termasuk la kalau nadisiswa.com kena block kat kampus korang, lepas ni dha boleh baca! Hehehe

 

Oh, satu lagi, psiphon juga ada apps diorang. Jadi, kalau nak akses laman web yang kena block kat smartphone, download app ni.

  • Add plugin di Google Chrome

Kalau korang rasa macam leceh sangat nak download software, laptop makin berat…jangan risau, di Google Chrome ada banyak plugin untuk korang add on.

 

Contohnya:

 

Atau

 

 

Cara lain? Sila Google. Hehe. Selamat mencuba!

 

Posted on

Pokai?

Pokai? Real atau retorik? “Aku ada RM10, aku rasa cukuplah Nasi Bujang hari ini” , “Akaun aku tinggal RM300, cukup ke belanja aku minggu ni ? “. Dua dialog yang berbeza, tapi satu perasaan yang sama. Pasti anda pun pernah merasai perasaan pokai ini bukan ? Lifestyle ? Ramai orang salahkan lifestyle mahasiswa, tak boleh pakai iPhone, padahal diorang yang cakap benda ni hidup kat zaman bila entah. Phone ni satu keperluan lah, jangan persoalkan hal remeh ni. Continue reading Pokai?