Posted on

Pilihanraya Kampus Universiti Awam dan Gerakan Mahasiswa

Oleh: Mohamad Amerul Zufar

Ma​hasiswa, yang juga tergolong dalam golongan anak muda tidak akan kekal menjadi mahasiswa, dalam tempoh yang singkat, mereka juga akan masuk ke alam pekerjaan dan menyumbang tenaga lebur mereka untuk pulangan gaji lalu mengejar kebahagiaan dan maksud masing-masing dalam hidup. Oleh itu, fasa mahasiswa ialah pra-fasa seorang pekerja. Namun, mahasiswa kini dalam dillema apabila ilmu-ilmu mereka pelajari di universiti, tidak lagi menjamin akan kebolehpasaran mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut data kerajaan, seramai 3.5% dari populasi negara tengah menggangur pada bulan Julai 2017, dimana kenaikkan 0.1% dari bulan Jun 2017. Kini kadar pengganguran pekerja terus meningkat dan secara kasarnya seramai 300,000 orang dijangka sedang menggangur. Di kalangan yang menganggur, 11% adalah adalah anak muda yang mana kebanyakannya adalah ​ m​ahasiswa ​ y​ang ​ t​elah ​ ​bergraduasi.

Kenaikkan yuran pengajian, kenaikkan kos hidup, kelumpuhan kebebasan akademik, dan peraturan-peraturan pra-pekerjaan yang birokratik dan tidak fleksibel telah meletakkan mahasiswa dalam situasi yang terdesak. Struktur kekuasaan di kampus yang pro-pentadbiran dan ketiadaan suara mahasiswa dalam membuat keputusan berkenaan pentadibran kampus telah melahirkan kekecewaan atau kehampaan, dan ini dimanifestasi kedalam bentuk sentimen anti-parti di kalangan mahasiswa dan ketidakpercayaan mahasiswa ​ terhadap ​ s​istem ​ p​ilihanraya ​ k​ampus ​ d​i ​ ​universiti ​ d​an ​p​ilihanraya​ u​mum.

Dalam situasi reaksi, sesetengah mahasiswa telah mula mempersoalkan alternatif politik yang mereka hadapi, lalu mereka membentuk organisasi khas untuk pilihanraya kampus untuk mencabar mandat kekuasaan kampus, seperti kumpulan Demokrat, Pemuda Ma Daxin (UMANY), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Angkatan Mahasiswa, dan sebagainya. Kesemua kumpulan-kumpulan ini ingin memecah monopoli kekuasaan kumpulan mahasiswa proksi kerajaan iaitu kumpulan Aspirasi dan sebahagiannya cuba mengambil kembali kepercayaan mahasiswa secara umum untuk melakukan perubahan yang sarat dengan sentimen ​ a​nti-parti. Continue reading Pilihanraya Kampus Universiti Awam dan Gerakan Mahasiswa

Posted on

ANTARA BITCOIN DAN EMAS? MANA PILIHAN MASA DEPAN

Oleh: Shah Fikry

Kewujudan Bitcoin dan Cryptocurency ini bermula di dark web dan pada permulaannya sebagai mata wang rahsia bagi kegunaan pengguna mereka. Cryptocurrency ini dianggap sebagai satu revolusi oleh setengah pihak dalam usaha mendigitalkan transaksi terutamanya dalam sektor teknologi.

Bitcoin bermula dengan kadar USD 200 per unit pada tahun 2010 dan kini dianggarkan nilai pasaran saham sudah mencapai USD 5,000 per unit dalam jangka masa 7 tahun. Hasil pengenalan bitcoin, kewujudan cryptocurrency tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pelbagai aktiviti dan cryptocurrency lain wujud seperti Ethereum wujud. Apa yang membimbangkan ialah kewujudan matawang ini bedasarkan maklumat enkripsi. Setengah pihak memanggil mining dalam usaha untuk mencari ataupun mendapatkan bitcoin.

Tidak dinafikan permintaan terhadap Bitcoin ini amat tinggi malah akhbar The Guardian pernah menyatakan kewujudan cryptocurrency berjaya mengurangkan inflasi kerana ia hanya akan dikeluarkan mengikut pembekal kemudahan dan dapat menurunkan membendung inflasi. Namun, apa yang dikhuatiri ialah keselamatan pengguna terutamanya ketika berada di alam siber. Malah ada yang mengaitkan cryptocurrency menjadi penyumbang kepada pengganas dunia.

Continue reading ANTARA BITCOIN DAN EMAS? MANA PILIHAN MASA DEPAN

Posted on

Kita Ingin Ikut “Hak Asasi” Siapa?

Komentar ini merupakan respon kepada artikel Faisal Tehrani, berjudul “Allahu Akbar dan Hak Asasi”.

Slogan ‘Islam adalah kemanusiaan’, memiliki tafsiran yang begitu luas, seluas takrif kemanusiaan, dan segala harapan dan pratanggap yang membayangi sang pentafsir. Ditambah lagi dengan kedudukan Islam sebagai ‘institusi’ yang diwakilkan untuk setiap masa mentafsirkan makna rahmat dalam hukum-hakam dan tindak-tanduknya, dan tindaknya pula dicerap melalui tindakbalas pengikutnya terhadap diktat-diktatnya. Lalu ia terdedah kepada penggodaman makna tiap daripada ‘Islam’ dan ‘kemanusiaan’ (samada melalui instrumen sepintar maqasid syariah atau lainnya).

Kenapa kita bertanya begini? Kerana tanpa meletakkan takrif, atau mula mempersoalkannya, kita sentiasa akan dikaburi oleh mereka yang mahu mengawal kita, seperti yang pernah diujarkan Ricoeur, ‘signs give raise to meanings’; yakni kita selaku manusia yang tekstual sentiasa terdedah kepada penciptaan konteks daripada kelilingan kita. Apatah lagi slogan seideal ini. Continue reading Kita Ingin Ikut “Hak Asasi” Siapa?

Posted on

KEMUNCULAN KELOMPOK ANTI-GLI (Geng Liberalisme Islam)

Oleh: Abu Hurra

Di negara-negara Eropah termasuk di Amerika Syarikat telah muncul satu kelompok yang dikenali sebagai Anti-SJW (Social Justice Warriors). Anti-SJW ini sangat anti dan menyampah dengan kelompok SJW di negara masing-masing.

SJW adalah kelompok anak muda yang berusia dalam lingkungan 30an ke atas yang berada dalam parti politik. Manakala Anti-SJW pula adalah anak muda dalam lingkungan usia 20an yang menyampah dengan tindak tanduk SJW.

Ianya seperti pertembungan antara adik dan abang. Abang yang terlalu liberal dalam pandang negara dan suka memaksa bertembung dengan adik yang menyampah dengan sikap dan pendekatan si abang kerana banyak memberi kesan pada kehidupan negara.

Sehinggakan disebut satu slogan atau pepatah dinegara barat, “Setiap kali SJW bersuara, undi akan makin berkurang”.

Continue reading KEMUNCULAN KELOMPOK ANTI-GLI (Geng Liberalisme Islam)

Posted on

Kegagalan Masyarakat Memahami Multikulturalisme

Oleh: Anonymous Hensem

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai identiti masyarakat majmuk. Ia mengandungi pelbagai kaum dan etnik yang terletak di seluruh negara. Sebagai seorang rakyat Malaysia, seharusnya perlu dihormati setiap daripada etnik dan kaum lain supaya tidak menyinggung perasaan melalui tindakan masing-masing. Malaysia yang kini sudah 60 tahun merdeka sudah lama berusaha untuk menyemai keharmonian di antara kaum-kaum yang berada di Malaysia ini.

Penyatuan antara kaum di bawah Parti Perikatan merupakan titik permulaan bagi memecahkan dasar pemisahan dan perintah yang dibawa oleh British sewaktu zaman kolonial dahulu. Penyatuan dan persefahaman antara kaum juga merupakan satu syarat sekiranya Malaya sudah bersedia untuk berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan. Walaubagaimana pun, isu yang terbaru merupakan cubaan untuk menggoyahkan sedikit perpaduan di antara kaum di negara ini. Antaranya, kedai dobi ‘mesra Muslim’ yang hangat diperkatakan telah menimbulkan kegelisahan dan kerisauan di kalangan penduduk-penduduk di negara ini.

Tambahan pula dalam beberapa tahun ini, isu dan sentimen-sentimen perkauman sering kali bermain dan berlegar-legar di media massa dikhuatiri menimbulkan akibat yang tidak baik seperti pemisahan, sikap prejudis dan diskriminasi. Isu dobi ‘mesra Muslim’ merupakan satu isu di mana seorang pengusaha dobi di Muar, Johor membuka dobi khusus untuk yang beragama Islam sahaja. Tindakan ini telah mengundang prejudis kerana lantaran daripada tindakannya itu menimbulkan pemikiran bahawa orang yang bukan beragama Islam tidak boleh untuk menggunakan dobi yang sama digunakan orang Islam kerana ‘tidak bersih’. Hal ini telah mendapat perhatian Sultan Ibrahim Iskandar yang kemudiannya dilaporkan murka dan menitahkan agar papan tanda ‘mesra Muslim’ tersebut diturunkan. Continue reading Kegagalan Masyarakat Memahami Multikulturalisme