Posted on

API71: Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti

Oleh: Izzah Dejavu

SAYA menghadiri Rapat Umum Angkatan Pemuda Insaf yang dianjurkan Malaysia Muda pada Sabtu lepas dengan semangat untuk bergerak ke depan dengan lebih aktif. Dari LRT Dang Wangi, saya berjalan lebih 1km kerana tersesat melalui jalan-jalan kecil yang memisahkan bangunan-bangunan besar di ibu kota.

Ketika peluh mulai jatuh dari dahi ke hujung dagu, saya menemukan The Library Coffee Bar, sebuah kedai kopi yang menyediakan perpustakaan untuk dinikmati penggemar kopi. Dari jauh saya lihat orang ramai telah berkumpul benar-benar di hadapan lampu isyarat di bawah jejantas. Pasukan polis dari tadi asyik memerhati mereka yang berpakaian tradisional, berbaju putih dan ikatan lilit merah di tangan. Saya sendiri tidak tahu apa yang ditakuti atau apa yang ingin dikawal beramai-ramai begitu.

Sepasang mata saya meninjau ke dalam café. Ternyata, Si Dia, yang berkemeja putih telah lama menunggu dalam café. Kopinya telah separuh cawan dihirup. Tahulah saya, barangkali telah lama benar dia menunggu di sini. Buku The Myth of Sisyphus, novel karya Albert Camus di tanda rapi pada halaman 43, sebelum kami berjalan memasuki barisan perarakan menyanyikan lagu Buruh Tani dan Darah Rakyat. Bendera merah-putih berkibaran. Plakad ‘Negara Sakit, Wanita Bangkit’ , ‘Awas Wanita Bangkit Berjuang’, ‘Students Unite Fight Corruption!’ di julang ke awan. Continue reading API71: Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti