Posted on

Syifaa Kekal Presiden PMIUM

Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM yang berlangsung semalam telah menyaksikan pelantikan 4 barisan pimpinan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Mereka yang ditaklifkan dengan amanah tersebut adalah seperti berikut:

Presiden: Ahmad Syifaa bin Abdul Khaliq
Timbalan Presiden: Nur Adibah bt Zakaria
Setiausaha Agung: Siti Nurmunirah bt Mohd Zambry
Bendahari Kehormat: Muhammad Ahnaf bin Mohd Yunus

PMIUM dengan besar hatinya mengucapkan tahniah kepada Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya sesi 2017/2018!

Selamat mengemudi bahtera PMIUM dengan gaya dan pembawaan yang lebih segar dan dekat dengan jiwa para mad’u khususnya warga kampus.

“….Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal (kepada-Nya)” — Ali-Imran. 3:159

Posted on

Sampai Bila UTHM Pagoh Nak Macam Ni?

Hari ini sudah masuk hari ke-109, bermula hari pertama pelajar mendaftar masuk ke UTHM Pagoh. Bermula hari pertama dilantik menjadi MPP, kepentingan dan kebajikan mahasiswa menjadi bualan dan topik perbincangan, umumnya berkenaan mahasiswa di Kampus Pagoh. Majlis Perwakilan Pelajar cuba memahamkan mahasiswa keadaan di Kampus Pagoh, penjelasan demi penjelasan, walaupun yang hanya di terima hanya tuduhan dan makian. Sehinggakan bekalan elektrik separuh dari Daerah Pagoh terputus dan ianya diluar kawalan dan bidang kuasa, MPP tetap menjadi bahan makian rakan-rakan mahasiswa.

Kepentingan mahasiswa yang di wakili oleh MPP menjadi keutamaan. Di pasakkan dalam pemikiran, memandangkan kampus baru dibuka, perlukan masa untuk menyempurnakan segala urusan. Sedikit sebanyak ada perubahan terlihat di depan mata, namun tidak cukup menghentikan tomahan dan tuduhan.

Namun rasa kecewa yang terbuku dalam hati tidak dapat dibendung lagi, bilamana permohonan MPP untuk kebajikan rakan-rakan mahasiswa tidak diambil berat. Walaupun MPP dituduh mengikut telunjuk pentadbiran, tidak pernah terfikir untuk salahkan rakan-rakan mahasiswa akan tuduhan tersebut. Barisan MPP masih bersabar dan cuba menyelesaikan dengan cara yang betul. Continue reading Sampai Bila UTHM Pagoh Nak Macam Ni?

Posted on

33 IPTS Ditutup

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seluruh negara ditutup tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata ini disebabkan oleh beberapa sebab seperti tidak mematuhi piawaian ditetapkan serta pengurusan dan kualiti yang lemah akibat masalah kewangan.

Sebagai contoh, Idris menarik perhatian kepada kolej yang tidak mempunyai pelajar mencukupi atau pensyarah berkelayakan dan sesetengah kolej pula meminta untuk menghentikan operasi secara sukarela.

“Apabila kita mendapati mereka beroperasi tanpa mematuhi keperluan, mereka perlu menutup operasi… kita tidak boleh menjejaskan kualiti pendidikan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penarafan kepada IPTS yang layak pada majlis penarafan Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) 2016/2017 hari ini. Continue reading 33 IPTS Ditutup

Posted on

Buku RM5 Untuk Projek Perpustakaan Mini di Kampung Teluk Layang, Sabah

14 Disember – Borneo Komrad (KARMA, Suara Mahasiswa) dengan kerjasama Teach For The Needs melansungkan jualan buku murah untuk mengutip dana bagi merealisasikan perpustakaan mini yang akan dibuka di Kampung Teluk Layang Kota Kinabalu Sabah.

Mereka memerlukan kos membeli rak buku, buku pelajaran, peralatan menulis dan lain-lain keperluan asas pembelajaran. Tempat penyimpanan buku ini bernama Teratak Mahasiswa yang mana akan dijadikan juga tempat berkumpul, bersosialisasi, belajar antara penduduk kampung dan mahasiswa.

Perpustakaan mini ini dibina khas untuk penduduk dan anak-anak Kampung Teluk Layang. Oleh itu, Borneo Komrad dengan rasa rendah diri mengajak kawan-kawan semua untuk mendokong projek Perpustakaan Mini untuk penduduk kampung yang terpinggir dari sudut pendidikan.

Jom kita sama-sama merealisasikan impian membuat perpustakan mini kampung Teluk Layang ini.

Sebarang tempahan atau pertanyaan hubungi:
0148583380- Mukmin Nantang

“Membangun Melalui Pendidikan”

#BorneoKomrad
#TFTN
#KARMA
#SuaraMahasiswa

Posted on

Grab & Uber di Universiti Malaysia Sabah

6 Disember, 2017 – Notis pengharaman masuk Grab & Uber ke dalam UMS dikeluarkan sebagai respons oleh pihak autoriti bahawa berlakunya kesesakan lalu lintas. Pengangkutan bas yang merupakan fasiliti yang dibayar oleh pelajar di dalam yuran sepanjang pengajian dinyatakan beroperasi secara tidak sistematik. Oleh sebab itu, para pelajar banyak menggunakan Uber & Grab sebagai pengangkutan alternatif. Melalui catatan di Facebook Suara Mahasiswa UMS, telah banyak idea, solusi dan kritikan yang mahasiswa berikan namun malangnya seperti tidak didengari oleh autoriti. Suara Mahasiswa UMS turut menyatakan bahawa, segala keputusan harus kembali memihak kepada mahasiswa bukan petadbiran atau Grab & Uber. Mahasiswa yang membayar yuran pengajian dan berhak untuk mendapatkan fasiliti yang sebaiknya.

Pada 5 Disember 2017, sebuah perbincangan antara MPP bersama pihak pengurusan UMS dan JAKMAS telah diadakan berkenaan isu ini. Resolusi perbincangan adalah seperti di bawah. Continue reading Grab & Uber di Universiti Malaysia Sabah