11 September 2017 lalu, pihak pentadbiran UTHM telah menaikkan notis tarikh Pemilihan Majlis Pemilihan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Pilihanraya Kampus (PRK).

Tempoh pengumuman seawal hari kedua minggu pertama pengkuliahan dilihat terlalu awal. Pada masa para pelajar masih sibuk dengan urusan pendaftaran subjek, pihak universiti  telah mengumumkan tarikh pilihanraya.

Berikut adalah kronologi tarikh-tarikh penting fatrah Pilihanraya Kampus UTHM;

11 September 2017 – Notis Pilihanraya dinaikkan
13 September 2017 – Tempoh pengesahan berpusat
14 September 2017 – Hari Penamaan Calon
15 – 16 September 2017 – Hujung minggu dan hari dilarang berkempen
17 – 19 September 2017 – Hari Berkempen
20 September 2017 – Hari Pengundian

Kronologi yang sama juga berlangsung di kampus UTHM cawangan Pagoh.

Tarikh yang terlalu awal usai daripada cuti hujung semester dilihat terburu-buru. Para mahasiswa yang ingin bertanding terpaksa berkejar-kejaran memenuhi prosedur bagi melayakkan diri mereka bertanding.

Diharapkan pihak pentadbiran lebih mengambil perhatian akan hal ini dan akan lebih mengambil berat akan perhatian mahasiswa dalam proses demokrasi.

Peratusan mahasiswa yang keluar mengundi yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun wajar diambil perhatian berat.

Leave a Reply