Hari ini kelas akan bermula secara rasmi. Esok dikhabarkan UPSI akan mengadakan penamaan calon untuk PRK, apakah itu sesuatu yang masuk akal?

Belum panas lagi kerusi dekat kelas, kerusi pilihanraya kampus UPSI sudah panas. Menurut sumber, pekeliling rasmi telah dikeluarkan. Penamaan calon akan diadakan pada 12 Sept 2017. Mahasiswa UPSI hanya diberikan sehari untuk berkempen dan proses membuang undi pada hari Khamis.

Permainan politik sebegini amat licik. Namun mahasiswa tidak akan termakan umpan. Untuk itu kami akan desak supaya universiti terima SUHAKAM sebagai pemerhati pilihanraya kampus. Sekarang UPSI sudah umum, universiti lain bagaimana?

Leave a Reply