Berita

Majlis Perbandaran Tawau – Jangan “anjingkan” Mahasiswa

1. 15 bulan merupakan tempoh yang lama untuk membiarkan ada warga Tawau untuk menetap di khemah.

2. 15 bulan. Aku boleh simpulkan MPT tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk memberi penempatan kepada mangsa kebakaran yang ada di Batu 2, Jalan Apas.

3. Isnin lepas, ketika kami mahu bertemu dengan Presiden MPT, beliau enggan berjumpa. PA beliau meminta kami datang esok hari, untuk bertemu dengan Pegawai Pembangunan Luar Bandar.

4. Atas nama toleransi dan menghormati tuan rumah, kami bersetuju.

5. Pada hari Selasa, bermula 8:00 pagi, Setiausaha Ikatan Anak Muda Tawau – IKAT tidak henti-henti menelefon nombor pegawai yang diberikan.

6. Malangnya, pegawai tersebut tidak menyambut panggilan. Pukul 2:30 pada hari yang sama, bersama seorang wakil penduduk, kami terus berhajat untuk mengetuk pintu pejabat pegawai yang disebutkan.

7. Setibanya di sana, kami diberitahu pegawai tersebut sedang menghadiri kursus di Kota Kinabalu. Kami diberitahu pegawai itu akan masuk pada hari Khamis (24/8, hari ini).

8. Pagi ini semasa kami menelefon, katanya pegawai itu hari Isnin baru masuk pejabat.

9. Nampak tak kami “mahasiswa” sedang “dianjingkan”. Sekejap hari ini, kemudian hari itu, selepas itu ini pula.

Perbincangan
Perbincangan IKAT bersama Penduduk Khemah Batu 2, Jalan Apas.

10. Banyak cerita yang saya dengar tentang aktivis masyarakat dari NGO lain, datang untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran ini, namun mereka diperlakukan tidak selayaknya.

11. Aku tidak gemar untuk percaya membuta-tuli, tapi aku semakin percaya.

12. MPT juga harus sedar, betapa banyaknya DAKWAAN rumah PPR dan PPRT digunakan untuk sistem “sewa atas sewa”.

11. Sebagai contoh, kadar bayaran sewa PPRT adalah RM126, kemudian pemilik rumah menyewakan rumah mereka dengan kadar bayaran RM300-RM500.

12. Hal ini perlu mendapat perhatian dan dibendung. Kewujudan “orang-orang” seperti ini akan menyebabkan mereka yang betul-betul layak tidak mendapat tempat.

13. Masih banyak rumah-rumah kosong, tapi dah PENUH. Penuh dengan orang yang “sudah ada rumah”, tapi menggunakan PPRT sebagai sumber pendapatan.

14. Jika tidak percaya, cuba lakukan pemeriksaan mengejut.

15. Mahasiswa bukan kanak-kanak, yang boleh dianjing-anjingkan seperti aktivis yang datang sebelum ini.

Kami harap Isnin ini kami boleh bertemu pegawai. Pada surat rasmi yang saya sertakan ada nombor telefon dan email saya. Hubungilah bila-bila masa.

“Mentang-mentang aku miskin, kau tolakkan yaa. Kamu semua pengampu, pengampu orang kaya.”

– Pendekar Mustar, Pendekar Bujang Lapok.

RAHMAN IMUDA
– Presiden IKAT

Leave a Reply