Isnin – Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar (Rayuan 1) boleh disemak hari ini, mulai 22 Ogos 2017 jam 12PM. Keputusan boleh disemak di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi seperti yang tertera http://upu.mohe.gov.my/web/. Terdapat juga beberapa pautan alternatif yang boleh dilawat untuk membuat semakan keputusan rayuan UPU.

1718-link-hebahan-alternatif-stpm_mini

Selamat melangkah ke alam pendidikan tinggi bagi yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, ini bukan pengakhiran kepada segalanya. Rujuk individu- individu yang boleh membantu dan memudahkan proses menyambung pelajaran.

Dan ingatlah, tujuan pendidikan itu untuk mempertajam kecerdasan, memperkukuh kemauan serta memperhalus perasaan. Selamat maju jaya!

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply