ISNIN – Ikatan Anak Muda Tawau hari ini mengemukakan surat “Mohon Penjelasan” kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau berkenaan status mangsa kebakaran yang sudah 15 bulan tinggal di khemah sementara kebakaran. Turut hadir saudara Syabir dari Ikatan Anak Muda Lahad Datu.

IKAT 1

IKAT mempersoalkan bagaimana mungkin masih ada rakyat Malaysia yang menetap selama 15 bulan di bawah khemah yang semakin usang. IKAT yang menganjurkan kelas percuma di kawasan khemah tersebut beranggapan kehidupan penduduk di kawasan itu umpama menumpang di negara sendiri.

IKAT 2

“15 bulan bukanlah satu tempoh yang sedikit, mereka sudah dua kali beraya di khemah yang sepatutnya menjadi khemah sementara ini. Apabila mereka mengemukakan permohonan, alasan yang sering diberikan adalah tiada kekosongan rumah PPR atau PPRT. Adakah tiada kekosongan bermaksud mereka ini boleh tetap tinggal di khemah? Berhujan dan berpanas? Saharusnya ada bentuk bantuan yang diusahakan untuk mengeluarkan mereka daripada kawasan khemah ini.”
– Rahman Imuda
PRESIDEN IKAT

IKAT dijadualkan untuk berjumpa dengan wakil Majlis Perbandaran Tawau pada esok hari.

Leave a Reply