Lawan Universiti Selama 4 Tahun, Tinggal di Kolej Selama 4 Tahun

Saya melawan pihak universiti selama 4 tahun, dan saya juga menetap di kolej kediaman selama 4 tahun.

Kebelakangan ini telah wujudnya banyak aduan oleh mahasiswa/wi di halaman UM Confession bahawa mereka tidak memperoleh sebarang tempat penginapan kolej kediaman.

Sebelum menamatkan pelajaran, saya ingin memecahkan dan membongkarkan mitos serta tanggapan salah bahawa penglibatan diri sendiri dalam aktiviti kolej kediaman adalah penjaminan untuk menetap di dalam kolej kediaman.

20799516_1877125352303742_4442839804786035566_n

Terlebih dahulu, saya tidak menafikan bahawa sememangnya terdapatnya pelajar yang berjaya untuk menetap di kolej kediaman atas penglibatan mereka dalam aktiviti kolej kediaman.

Namun realitinya, turut terdapatnya banyak lagi pelajar yang berjaya menetap di kolej kediaman melalui hubungan mereka yang baik dengan pihak pentadbiran kolej/JTK/PM walaupun markah merit mereka secara puratanya adalah rendah.

Apakah masalah utama sebenarnya?

Di Universiti Malaya, prosedur dan sistem untuk menentukan sama ada seseorang pelajar adalah layak untuk menetap di dalam kolej kediaman adalah tidak telus. Sekiranya begini, mengapakah terdapatnya ramai pelajar yang terus bergantung kepada sistem dan prosedur yang tidak telus ini untuk memperoleh penginapan kolej kediaman? Hal ini disebabkan pelajar tahun pertama yang baru memasuki universiti telah disemai mitos bahawa penglibatan aktif dalam kolej kediaman adalah penjaminan untuk menetap di kolej kediaman. Individu yang menyemai pemikiran sebegini adalah para PM mahupun senior kolej kediaman yang berjaya menetap di kolej atas usaha gigih mereka untuk membodek pihak pentadbiran kolej.

Nasihat tulus ikhlas saya kepada semua pelajar tahun pertama adalah untuk menghargai keempat-empat tahun anda semua sebagai mahasiswa/wi. Usahlah menyertai aktiviti kolej kediaman yang sia-sia dan tidak memanfaatkan anda langsung demi memperoleh peluang untuk menetap di dalam kolej kediaman. Jangan lupa bahawa sistem dan prosedur dalam pengambilan pelajar untuk menetap di kolej kediaman adalah tidak telus dan adil sekali. Dalam keempat-empat tahun anda sebagai mahasiwa/wi, anda semua haruslah menyertai sebarang aktiviti/forum/ceramah yang anda minati lantaran lokasi Universiti Malaya yang strategik.

universiti-malaya

Saya Teh Wei Loon, merupakan bekas Presiden University of Malaya Association of New Youth (UMANY). UMANY adalah pertubuhan mahasiswa yang menyelia pihak universiti selama ini. Anda bolehlah melihat sejarah UMANY dalam mempertahankan hak dan kebajikan mahasiswa sejak penubuhannya melalui google dan pastinya UMANY merupakan pertubuhan mahasiswa yang paling dibenci oleh pentadbiran kampus.

Namun saya sebagai ahli aktif pertubuhan sebegini tetap berjaya menetap di kolej kediaman, bukan setahun sahaja, tetapi selama 4 tahun berturut-turut.

Saya tidak pernah berjaya untuk memperoleh tempat kolej kediaman melalui prosedur biasa dan keadaan ini tidak pernah berubah walaupun saya merupakan Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 2014.

Sesungguhnya akan terdapatnya kekosongan di setiap kolej kediaman selepas pendaftaran pelajar baru. Selama tiga tahun ini, saya telah berjaya memperoleh peluang untuk menetap di kolej kediaman selepas minggu ketiga permulaan semester baru melalui kaedah walk in.

Oleh itu, para mahasiswa/wi yang baru memasuki universiti tidak seharusnya terus mendiamkan diri sekiranya anda menginginkan satu sistem dan prosedur yang telus dan adil dalam menentukan sama ada anda berhak untuk menetap di kolej kediaman ataupun tidak. Sekiranya anda tidak berjuang dan berusaha untuk mengubahkan perihal ketidakadilan sebegini, anda semua usahlah mengangan-angankan bahawa sistem ini akan berubah secara automatik ataupun menjadi lebih adil.

Bermulanya hari ini, sesiapa senior yang masih mempunyai hati nurani patutnya menasihati para pelajar baru supaya tidak menyertai aktiviti kolej kediaman semata-mata demi menjamin peluang untuk menetap di dalam kolej kediaman lantaran sistem ini adalah tidak telus dan adil sekali!

Loonie Thambii Teh

Leave a Reply