Posted on

Demokrat UM : Cadangan Terbuka Isu PENEMPATAN PELAJAR SENIOR UM

Terima kasih teman-teman varsiti yang bertanya pendapat tentang isu penempatan pelajar senior. Ini isu yang berulang setiap tahun.

Jadi elok kita fokus bukan hanya untuk pastikan mereka ini punya peluang ditempatkan di kolej, tetapi amat penting untuk kita perbaiki sistem penempatan mahasiswa senior.

Prinsip demokrasi tentang ketelusan dalam isu ini amat penting. Di sini dilampir beberapa cadangan buat para pentadbir universiti.

1. Ketelusan. Kolej kediaman dicadang untuk dedahkan secara terbuka nama nama mahasiswa yang diberi penempatan dan merit mereka sebelum ini.

20915436_10203858223212080_6883929214469544380_n

Hal ini termasuklah sebab sebab khas penempatan diberi kepada mahasiswa sebagai contoh masalah kewangan kronik dan tidak menetap sekitar Lembah Klang.

2. Penyelarasan sistem merit. Kekeliruan daripada mahasiswa bila dihidang cerita “aktif kolej baru dapat kolej”. Hal ini menghasilkan konflik kepentingan. Penyelarasan ini termasuklah merit seperti wakil UM dan aktiviti fakulti.

Ini sekaligus dapat menjawab persoalan adakah penglibatan mereka yang tidak aktif di kolej tetapi aktif di peringkat/mewakili Universiti turut diambil kira dalam penentuan kolej.

universiti-malaya

Komentar.

MPP dilihat proaktif untuk berjumpa TNC HEP. Harapnya penyelesaian bukan sahaja semata mata untuk sesi kali ini, tetapi instrumen yang boleh digunapakai setiap tahun.

Cadangan ini terbuka untuk pelaksana dasar universiti. Pihak Demokrat UM sudi berbincang demi kebajikan semua mahasiswa.

Kami percaya, dengan Ilmu, kita mampu mencapai kemajuan. Dalam konteks ini, penambahbaikan sistem pengurusan penempatan pelajar senior.
Daniel Mizan Qayyum
Demokrat UM
#IlmuPunchaKemajuan

Cadangan ini dilanjutkan juga kepada;
– Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Sesi 2016/2017
– Sekretariat Presiden Kolej UM
– Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya
– University of Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *