Oleh Maisarah Mohd Pauzi

Pernahkah anda terbayang kes bunuh diri berpunca daripada sebuah aplikasi telefon pintar? Perkara ini mungkin agak mustahil untuk difikirkan tetapi pada 18 Mei yang lalu, laman berita Telegraph.co.uk telah melaporkan kes kematian seorang remaja berusia 15 tahun bernama George Hessay berpunca daripada aplikasi Sayat.me.

Menurut laporan tersebut, Hessay telah memutuskan untuk membunuh diri apabila dibuli di aplikasi tersebut. Asalnya, aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk mendapat maklum balas  daripada responden tanpa mendedahkan identiti mereka. Pengguna perlu mendaftar dahulu sebelum diberikan URL untuk mendapat maklum balas daripada orang lain. Hanya mereka yang mendapat URL tersebut yang boleh memberikan maklum balas. Selalunya URL ini akan disebarkan di profil media sosial seperti Facebook & Twitter.

Walaubagaimanapun, aplikasi ini telah menjadi kegilaan remaja untuk memberi komen yang pelbagai terhadap rakan-rakan mereka. Hal ini telah memberi ruang kepada pembulian atas talian (cyber bullying).

Apabila kita merenung semula punca kes seperti ini, adalah sangat penting untuk pengguna Internet atau aplikasi telefon pintar sedar akan ancaman yang menanti mereka. Pembulian atas talian atau cyber bullying merupakan antara jenayah siber. Kebanyakan orang menganggap jenayah siber adalah perkara kecil dan tidak menghiraukan kesan-kesannya.

cyber-crime

Tidak ada langkah teknikal yang dapat membendung jenayah siber seperti ini. Belum ada programmer yang dapat membina system automatic untuk mengesan jenayah siber yang melibatkan sikap manusia di alam siber. Mungkin ada atau sedang dibangunkan tetapi setakat pengetahuan penulis, belum ada lagi.

Antara punca jenayah siber ialah pengguna sendiri yang membuka ruang untuk menjadi mangsa. Misalnya dalam kes ini, mangsa sendiri yang menyebarkan URL maklum balas di laman sosial dan pembuli yang tidak dapat dikenal pasti identitinya mengambil peluang untuk memberi komen-komen negative seperti menghina mangsa.

Ada juga kes jenayah yang berpunca daripada pendedahan maklumat mangsa di media sosial seperti tindakan ‘check-in location’ di Facebook, menulis status keberadaan mereka dan perkongsian maklumat peribadi seperti nombor telefon. Hal ini tampak remeh tapi kes rompakan rumah, peras ugut dan penculikan boleh berpunca daripada pendedahan maklumat seperti ini.

Artikel ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mangsa atau ‘victim blaming’ akan tetapi memang tidak ada langkah terbaik untuk mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber melainkan dengan kesedaran pengguna sendiri terhadap keselamatan diri di alam siber. Hari ini, jenayah boleh berlaku di mana-mana saja dan pada bila-bila masa.

Leave a Reply