[MEMORANDUM SOKONGAN] MERCU TANDA BAHARU UIAM: PKPIM SOKONG, ANGKAT KEMBALI FALSAFAH UNIVERSITI ISLAM
12hb November 2019

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengikuti rapat perkembangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkaitan pergantian mercu tanda UIAM; daripada replika keris kepada replika al-Quran.

2. PKPIM mengambil maklum penjelasan Presiden UIAM, Datuk Dr. Daud Bakar, berkenaan simbolik replika al-Quran sebagai mercu tanda yang menggambarkan semangat keseluruhan penubuhan UIAM. Tambahan pula, kos kerja-kerja pengubahsuaian itu ditanggung sepenuhnya oleh dana penajaan luar dan tidak menggunakan sebarang belanja dari perbendaharaan universiti.

3. Oleh itu, memahami konteks UIAM sebagai sebuah universiti Islam bertaraf antarabangsa, PKPIM berpendirian adalah tepat replika kitab suci Al-Quran dijadikan mercu tanda. Ia melambangkan ketinggian ilmu dan budi berteraskan wahyu ilahi dan sekaligus mengembalikan syiar mercu tanda awal UIAM yang dilandasi falsafah yang kukuh berteraskan semangat iqra’. Lebih tepat lagi adalah atas dasar keperluan mendukung falsafah UIAM sebagai institusi intelektual ulung dunia Islam sebagaimana dirumuskan dalam Persidangan Pendidikan Islam Pertama pada 1977.

4. Dalam pada itu, PKPIM juga menegaskan pendirian untuk tidak bersikap apolegetik dalam membicarakan tentang semangat dan perjuangan memartabatkan budaya warisan Melayu. Tinggal lagi, simbol dan semangat itu haruslah diletakkan di tempat yang selayaknya. Iaitulah Melayu yang berdikari, jujur, kuat kerja dan berbudi bahasa.

5. Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM mengambil maklum usaha yang telah, dan sedang dijalankan pengurusan UIAM dalam menambah baik kondisi fasiliti dan hal ehwal kebajikan mahasiswa UIAM. Justeru, PKPIM mengharapkan usaha-usaha berkenaan segera dilaksanakan dengan lebih efisyen.

6. PKPIM menyeru semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu ini. Sebaliknya fokus kepada agenda utama universiti; membina insan dan tamadun, memperhalus akhlak dan budi.

7.PKPIM menyatakan komitmen kami untuk bersama seluruh komuniti UIAM memaknai dan mengukuhkan kembali falsafah universiti Islam bukan semata pada simbolnya tapi juga pada rohnya sebagaimana dicita-citakan oleh para intelektual Islam seluruh dunia.

Ahmad Farhan Bin Rosli
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Disokong oleh :
1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM-IIUM)
2. Persatuan Pelajar Indonesia – Universiti Islam Antarbangsa (PPI-IIUM)
3. Yemeni Club IIUM
4. KelabSahabatHalal-IIUM
5. Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
6. HimpunanMahasiswaIslamCabangMalaysia
7. Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
8. Persatuan Mahasiswa Islam Perlis (PERMIP)
9. Persatuan Pembimbing Belia Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING)
10.Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) 11.Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) 12.Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM)
13.Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) 14.Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
15.Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
16.Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) 17.Kesatuan Pelajar Islam Kelantan (KPIK)
18.Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN)

Leave a Reply