Posted on

Apa Fungsi Pendidikan?

Apa fungsi pendidikan?
Penulis;
Mathis Sarawanan
facebook.com/mathis.sarawanan

Menjawab persoalan fungsi ilmu dan peranan kau sebagai seorang ilmuan.

Sebelum aku bermula, aku nak ucap tahniah siap-siap dekat semua kawan-kawan ( kau lah! ) atas kejayaan menjadi sebahagian daripada keluarga besar mahasiswa. Selamat datang, kawan! Satu sahaja, tak kisah kau dapat universiti mana ingat-ingat lah selalu kau dah jadi “MAHASISWA” dan kita semua adik beradik.

Ok, apa signifikan kau jadi mahasiswa? Kenapa aku sampai ulang balik ayat yang hampir sama dua kali? Ha, dekat situlah ada jawapan kepada persoalan yang bakal aku jawab dalam penulisan ini.

Signifikannya kau jadi mahasiswa ini adalah sebab secara langsung kau dah terima dan galas tanggungjawab kau sebagai seorang intelektual (ilmuan) muda. Jadi dekat sini, aku nak tekankan dua kata kunci: 1) Intelektual; dan 2) Muda. Kau tau apa kau boleh buat dengan adanya dua perkara ini dalam diri kau ? Haha, you have no idea bro! Kau nak tawan satu dunia pun boleh.

yourstory-education

Apabila kau terima dan galas tanggung jawab sebagai seorang intelektual muda, kau kena faham fungsi ilmu dulu. Ya, aku tahu rata-rata kau dengan aku masuk universiti dengan cita-cita, nak habis belajar – konvo – masuk kerja – dapat gaji besar – hidup senang, tapi jangan sesekali kau teruskan perjalanan hidup kau sebagai mahasiswa dengan teori bodoh tadi.

Kau kena faham, ilmu ini bukan sekadar berperanan sebagai faktor yang meningkat gred gaji kau. Jangan belajar sebab nak kerja, nak gaji besar dan nak kerja senang. Tak salah tapi jangan jadikan itu sebagai objektif utama kau dalam hidup. Dengan pemikiran itulah, hidup kau jadi sempit habis.

Universiti ini gedung ilmu. Kau dapat kursus apa sekali pun, jangan kau jumudkan diri dengan ilmu dari bidang kau sahaja. Kau buat benda itu, ada dua perkara yang kemungkinan nak berlaku: 1) Lama kelamaan kau akan menjadi seorang yang belajar sekadar untuk lulus peperiksaan; atau 2) Kau jadi jumud sampai perkara yang tak berkaitan (walaupun berkaitan) akan kau tolak.

Kau kena sedar dan faham, ilmu ini adalah manifestasi kebenaran. Kau ambil yang mana kau nak dan tolak yang kau tak nak, kau jadi bodoh. Itu aku kata, universiti ini gedung ilmu dan kau sebagai intelektual muda perlulah ambil tahu mengenai semua (at least a few if possible). Politik ka, ekonomi ka, sosial ka, sains ka, geografi ka, budaya ka, apa sekali pun kau kena ambil tahu. Itulah sifat ilmuan yang sebenar. Untuk itu kau kena BACA. Bacalah apa pun sekali janji kau dapat input baharu yang membawa kau kesedaran yang seterusnya akan bertindak untuk mendekatkan kau dengan kebenaran. Ini yang paling asas, maka rajin-rajinlah kau itu melangkah masuk ke perpustakaan universiti kau ataupun kumpul duit beli buku atau kau kongsi-kongsi buku dengan kawan-kawan mahupun pensyarah kau. Jangan sesekali kau berhenti dengan ilmu dalam bilik kuliah, sumpah kau akan jadi bodoh sombong.

Ok, dah dapat ilmu apa pula kau nak buat ? Kau biasa dengar kata- kata orang tua yang berbunyi “Sebaik – baik ilmu adalah ilmu yang dikongsikan?” Ha, itulah tugas kau. Kau sebarkan ilmu dan kesedaran yang kau ada. Ilmu dan kesedaran itu secara tidak langsung akan membuatkan kau untuk mula mempunyai suatu cita- cita (bukan pekerjaan tapi impian), ha bila kau dapat benda itu kau terus berjuang lah untuk impian (pendirian) kau itu.

eenee_website_bg_gross

Itu lah kuasa ilmu kawan-kawan. Selain dari memastikan kau menjadi seorang graduan yang bakal dapat gaji Gred 41 selepas tamat pengajian, ilmu itu juga berfungsi untuk memberi kesedaran pada kau yang akhirnya akan membawa kau selangkah dekat dengan kebenaran secara berperingkat.

Sebagai seorang intelektual muda, kau berpegang lah pada beberapa perkara yang menjadi asas kepada kehidupan kita : 1) Kebenaran; dan 2)Keadilan sentiasa. Jangan sekadar menjadi seorang yang berilmu tapi masih jahil! Peranan kau jauh lebih besar dari apa yang kau sedar. Sampaikanlah ilmu yang kau ada kepada mereka yang jahil, sedarkan mereka, pengeruhi pemikiran mereka dan seterusnya pimpin lah mereka ke jalan yang benar.

Kau nak buat dari dalam mahupun dari luar, itu terpulang pada kau. Kau mungkin akan dituduh dengan pelbagai jenis tuduhan, kau mungkin diugut dan dibelasah oleh mereka yang berkepentingan tapi jangan sesekali takut untuk bercakap benar. Kau mungkin selamat tapi ilmu kau takkan pernah berkat. Satu je pesanan aku, bacalah banyak-banyak. Explore the unknowns and go beyond the comfort zone, beyond your wildest dream. Selamat maju jaya.

Itu je aku mampu sampaikan kali ini. Kalau ada apa-apa nanti kau emaillah pada aku. “mathiswarman.sarawanan@gmail.com”, itu email aku. Ilmu itu luas dan ilmu itu juga manifestasi kebaran yang diyakini semua. Kau berjuang la untuk jadi orang berilmu yang mampu memberi manfaat kepada semua. Selamat maju jaya.

– Mathis Sarawanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *