[Masa Depan Pelajar Perundangan : Sebuah Catatan Ringkas]

Semasa perkongsian kerjaya dari alumni JSU tempoh hari, ada beberapa perkara penting yang selalu diulang dalam menyediakan diri ke arah profesyen guaman:

1. Membaca dan ilmu.

Konsep Mahkamah bukan soal menang atau kalah, tapi soal berikan hak pada yang berhak.

Tips: Ilmu melalui chambering adalah tempoh yang penting untuk kita belajar dari A-Z perkara perundangan practically. Antara tips memilih firma, tanya majikan apa plan dia untk 9 bulan chambering kita. (pastikan skop tugasan yang sepatutnya bakal peguam lakukan bukan hanya tugas kecil seperti fotostat, kemas rak dll).

2. Disiplin yang Tinggi.

3 tahun yang pertama selepas grad mengikut pengalaman panel, adalah tahun yang paling struggle. Itulah waktu fikir nak bina keluarga, pendapatan, rumah, ekonomi baru tumbuh, laluan ke arah dapatkan sijil guaman yang memakan masa (9 bulan chambering + 1.5 thn DAIJ bagi negeri tertentu), tenaga dan wang.
(Jika kita mampu survive untuk 3 tahun yang pertama, secara ideanya kita mampu untuk jalan terus tahun-tahun berikutnya.)

3. Minat dan Kekuatan.

Jika minat anda kepada guaman, dari awal lagi perlu persiapkan diri dan terus fokus ke bidang guaman selapas grad. Laluan menjadi seorang peguam memakan masa, sebab itu risiko test2 kerja atau pindah randah kerjaya padanya agak membuang masa atau akhirnya kita akan lost dan tak tahu ke mana sebenarnya kita nak pergi.
(Bukan sekadar minat, kemampuan perlu seiring.)

4. Penguasaan Bahasa Inggeris.

Kalaupun kuliah tak memaksa, kelak klien, industri memaksa kita untuk mahir berbahasa inggeris.

Sebagai pelajar perundangan, banyak laluan terbentang, bukan hanya guaman. Encik Zulkifly, penyelia perbankan Islam, Puan Huda, ejen takaful kemudian pensyarah kedua2 adalah pelajar undang2 sebelum ini. (Post ini berat pada guaman sebab fokus saya ke arah guaman)

Apapun jangan jadikan kewangan sebagai matlamat utama.

Dalam artikel ‘Kerelevenan Program Pengajian Undang-Undang Islam’ ditulis oleh Dr Siti Zubaidah dan Dr Mohd Zahiri menyenaraikan matlamat utama sebagai pelajar perundangan:

1. Menjadi siswazah yang berkemampuan menguasai bidang-bidang ilmu Syariah dari sumbernya yang asal serta profesional dalam bidang kehakiman Syariah di Malaysia.

2. Memenuhi keperluan negara, industri dan masyarakat Islam kepada tenaga mahir dan profesional dalam bidang perundangan Islam dan kehakiman Islam, bidang perbankan dan kewangan Islam serta berkemampuan menjalankan khidmat perundingan serta penasihatan dalam bidang kekeluargaan dan kehartaan orang Islam.

3. Memenuhi keperluan kepakaran perundangan Islam dalam memberi penyelesaian kepada permasalahan semasa negara dan umat Islam di peringkat nasional dan global.

Sekian tips boleh dimanfaatkan adik2 yg baru lps amik result SPM. Akhirnya pulangan kita adalah kepada masyarakat.

Imaan Aminnuddin
Shariah & Law Society University of Malaya – Salsoc UM

Disclaimer : Ini adalah nota dapatan daripada talk ‘profesional practice: Sharing from alumni’ anjuran SALSOC UM.
Panel jemputan Tuan Yusfa Hanis (peguam), Encik Zulkifely Said (Penyelia Perbankan Islam) , Puan nurul Huda (perancang kehartaan Islam)

Leave a Reply