YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) TERUS MEMBISU.

Dah berkali kali kau buat lagi , tolong , tolong …

Isu kaedah pengagihan wang pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang terlalu lama telah berlaku  sejak 2005 hingga kini tapi tiada sebarang tindakkan dan perubahan dilakukan. Dasar lampau yang digunakan memudaratkan pihak peminjam. Kecekapan pengurusan YPJ haruslah diperingkatkan.

KRONOLOGI ISU  

Setelah Keputusan peperiksaan telah dikeluarkan oleh pihak universiti, pelajar harus menghantar keputusan itu kepada pihak YPJ,  sama ada menghantar emel atau menyerahkan salinan keputusan terus ke pejabat YPJ.Proses 30 hari bekerja akan di ambil oleh pihak YPJ untuk mengagihkan wang kepada pelajar.

INILAH PROSEDUR AGIHAN WANG

30 hari bekerja ini terlalu lama boleh makan masa hingga 2 bulan atau 2 bulan setengah apabila di campur dengan cuti umum . Jangka masa 30 hari bekerja adalah terlalu lama dan memberi impak buruk kepada peminjam.

Secara tereperincinya begini :

1. Semester dibahagikan kepada dua dalam setahun .

i. Pertama : September hingga Januari

ii. Kedua  : Februari hingga Jun.

2. Masalah berlaku apabila

i. Pada semester kedua iaitu apabila tamat semester satu pada pertengahan bulan Januari (Semester terkini iaitu 17 Januari 2019).

ii. Pensyarah akan mengambil masa untuk memuat naik keputusan kedalam sistem dalam jangka masa 2 minggu ke tiga minggu.

iii. Pihak senat universiti pula harus bermesyuarat dan harus meluluskan turut memakan masa.

iiii. Kemudian beberapa birokrasi universiti yang menelan masa yang banyak.

v. Setelah keputusan keluar, pelajar terus menghantar keputusan kepada YPJ.

vi. Sayangnya, masa 30 hari proses bekerja harus di ambil  dan akan mengakibatkan kelewatan sehingga bulan April  (berlaku pada semester yang lepas, akibat dari 30 hari bekerja dan cuti umum).

3. Kesannya terlalu banyak untuk saya huraikan disini. Apabila wang pinjaman di depositkan pada pertengahan semester. (bulan april merupakan pertengahan semester)

I. Bagaimana pelajar ingin memulakan semester, dengan ketiadaan wang.

II. Ada pelajar yang terpaksa mengikat perut dan meminjam wang rakan-rakan lain.

4. Untuk makluman, Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan sistem yang memudahkan pelajar.

I. Pelajar tidak perlu menghantar keputusan kerana pihak universiti sendiri yang akan menghantar keputusan.

II. Wang pinjaman akan di depositkan pada sebelum mula semester atau paling lewat pada minggu pertama semester (tak sampai pertengahan semester)

III. Perbezaan antara PTPTN dan YPJ adalah urusan birokrasinya ataupun Bahasa mudahnya akses yang boleh dilakukan oleh PTPTN tidak dapat dilaksanakan oleh YPJ.

Isu kekurangan kecekapan pengurusan ini amatlah mudah untuk diselesaikan.

Namun, kenapa perkara ini masih didiamkan? Dari 2005 hingga kini masih menggunakan dasar pengagihan selepas 30 hari bekerja setelah keputusan di hantar?

Sejak kerajaan lama sehingga kerajaan baru, dari Ahli lembaga Pengarah YPJ Ketua bahagian UMNO hingga bertukar kepada Ketua Bahagian PPBM.

Dimanakah dan siapakah yang harus peka akan keperitan yang dilalui oleh golongan peminjam?

Adakah perkara ini tidak dipandang serius kerana golongan peminjam adalah golongan yang memerlukan dan tiada kepentingan dan harus berdiam diri membisu angkara takut wang pinjaman di tarik semula?

Ataupun golongan peminjam adalah mereka yang tidak punya apa apa kuasa?

Kepada siapakah lagi harus perkara ini di advokasikan?

Surat Rasmi telah dihantar kepada semua hingga ke Menteri Besar yang merupakan salah satu Ahli lembaga Pengarah.

Sampai bila perkara ini harus dibiarkan?

Solusinya, cadangan saya agar pelaksanaan kaedah proses pengagihan 30 hari bekerja dapat dikaji semula dan dapat diselesaikan dalam jangka masa yang cepat bagi mengelakkan masalah yang sering berlaku dalam kalangan mahasiswa.

I. Dipercepatkan kepada 7 hari bekerja

II. UTHM dan YPJ menjalankan kerjasama yang lebih luas

III. Masalah pelajar dapat diatasi kerana peminjam meminjam atas dasar memerlukan.

Mohon Solidariti semua agar perkara ini tidak dibiarkan sepi dan terus menyepi!

HAFIZUDDIN HASSAN

Mahasiswa UTHM

Leave a Reply