01. Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar hanya dilekat pada 3 Oktober 2018 dan pemakluman secara terus kepada mahasiswa tidak dilakukan.

02. Dinyatakan dalam notis tersebut, pada 5 Oktober 2018 pembelian borang PMPP akan dibuka. 10 Oktober 2018 penamaan calon dan pembuangan undi pada 17 Oktober 2018. Hal ini sangat tidak logik. Kita cuma dimaklumkan dalam bentuk kenyataan berpampang dan kenyataan tersebut baru dibuat pada 3 Oktober 2018. Peruntukkan waktu yang sangat singkat ini sangat tidak logik untuk dibuat oleh pentadbiran.

03. Hal ini menampakkan pihak pentadbiran tidak membuat pengurusan dengan baik dan seolah-olah membuat keputusan ikut sedap hati sahaja kerana pada 21 September 2018 yang lalu dalam Mesyuarat Perbincangan bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, TNC HEPA Ismail Ali telah memaklumkan bahawa PMPP akan dijalankan pada 18 oktober 2018. Sekali lagi kenyataan tersebut amat bercanggah.

04. Pihak kami mengutuk tindakan pentadbiran yang tidak mengambil serius berkaitan PMPP ini dan mendesak pentadbiran untuk keluarkan kenyataan dengan lebih jelas.

“suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diam
siapkan untukmu: pemberontakan!” -Wiji Thukul

“Dari Mahasiswa kepada mahasiswa, Dari Mahasiswa untuk Rakyat Malaysia”

Suara Mahasiswa UMS

 

Leave a Reply