Bermula jam lima petang, edaran makanan mula diagihkan kepada mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Dalam pada itu, Pengerusi PEMBINA Bangi, Ibrahim Azran berkata, edaran iftar tersebut sebagai inisiatif mendekati golongan mahasiswa selain mendidik budaya bersedekah dalam kalangan pelajar.

 “Kita mahu mendidik budaya memberi dan bersedekah di bulan Ramadan supaya mahasiswa dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sebagai satu nilai tambah.

“Dengan aktiviti amal seperti ini juga, PEMBINA Bangi dapat memperkasakan aktivisme mahasiswa untuk menyedarkan peranan mahasiswa kepada masyarakat,” katanya semasa program.

Program ini turut dijayakan oleh rakan penaja iaitu Street Dakwah PACU & Surau Pusat Annur Country Height, Tarbiah Sentap, Aisyah Catering dan Pecel Lele Lakulanjaya.

Ujar Ibrahim lagi, PEMBINA Bangi bersedia bekerjasama dengan petadbiran universiti berhubung aktiviti-aktiviti bertujuan membentuk jati diri mahasiswa.

Dalam perkembangan lain, PEMBINA Bangi berhasrat untuk terus membantu meringankan beban mahasiswa dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi membentuk mahasiswa yang proaktif dan cakna dengan hal berkaitan masyarakat.

PEMBINA merupakan persatuan mahasiswa yang wujud di hampir semua universiti awam seluruh Malaysia bermodalkan pembangunan mahasiswa dalam menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

 

Leave a Reply