SINTOK – Seramai 700 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai program Jihad in Education: Success Is Yours by Caprice yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, baru-baru ini.

Program berkenaan anjuran bersama JKPS Inapan Siswa (Inasis) MISC dan Kelab Pengurusan Eksekutif (MEC), UUM.

Pengarah Program JKPS MISC, Muhammad Illyasya’ Mohd Yasin berkata, program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenali diri sekali gus membantu mereka lebih yakin membuat sesuatu perkara.

Katanya, melalui program berkenaan juga mahasiswa yang hadir dapat memotivasikan masa depan mereka ke arah lebih baik.

“Program ini merangkumi dua slot iaitu slot pertama adalah ceramah tentang ‘Jihad in Education’ oleh Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice dan slot kedua sesi soal jawab,” katanya.

Pengarah MEC, Nur Hidayah Saleem Ahamed berkata, beliau gembira program ini mendapat sambutan daripada semua mahasiswa.

“Ia akan memberikan impak positif kepada semua pihak dan saya harap lebih banyak program sebegini dianjurkan pada masa hadapan,” katanya.

Hadir sama, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni COB UUM, Dr Hendrik Lamsali.

 

SUMBER

Leave a Reply