Sekitar Pasca PRU14 oleh Luthfi Yusri

Oleh: Luthfi Yusri

Menurut pemerhatian aku, budaya debat dan dialog adalah suatu mekanisme yang sangat baik dalam menilai suatu perspektif, sudut pandang dan nilai yang mahu dibawa oleh seseorang hatta mewakili sesuatu kelompok. Ia seharusnya diikat dengan suatu tanggungjawab yang solid untuk mempertahankan hujah yang disampaikan kepada khalayak ramai.

Disini keganasan intelektual akan berlaku. Idea berbalas idea. Hujah berbalas hujah. Para pendengar juga akan terus menilai segala apa yang disampaikan oleh penyampai. Disini kita mampu melihat ketokohan seseorang dalam saat saat genting diasak dengan pelbagai soalan yang tak dijangka. K

Suara Kita

Budaya ini perlu dipupuk. Ini pandangan akulah. Aku bagi contoh, sewaktu pasca penamaan calon PRU14 tempoh hari, ada beberapa siri dialog yang dianjurkan. Dialog antara YB Syed Saadiq dan YB Dato Razali Ibrahim di Muar, YB Fahmi Fadzil dan Raja Nong Chik di Lembah Pantai serta YB Teresa Kok dan YB Chan Quan Er di Seputeh. Aku ketepikan dahulu soal mereka menyahut seruan atau tidak atau tidak hadir ke sesi perdebatan. Tetapi aku mahukan kita semua melihat kepada usaha mereka dalam memberi penerangan kepada rakyat. Siapa yang lebih berhak untuk diberi mandat.

Aku kagum dengan usaha ini. Rakyat mahu menilai sesuatu perlulah kepada suatu masa untuk bersoal jawab dan penerangan. Kita menuju kepada suasana dialog  dengan ilmiah dan matang. Idea disokong dengan hujah.

Setelah Pakatan Harapan membuat kejutan tempoh hari dengan memenangi PRU14, kebebasan media yang dijanjikan oleh mereka perlulah bersifat menyeluruh. Media Prima, AWANI 501, Sinar Online dan lain lain seharusnya menggunakan ruang ini untuk menjemput panelis panelis dari pihak pembangkang seperti PAS dan Barisan Nasional. Dudukkan mereka semeja. Apa yang mereka akan lakukan terhadap negeri yang pegang ? Apa polisi yang mereka ingin kemaskini dalam menjadi pembangkang yang  kukuh agar ada semak imbang yang baik ? Itulah nuansa yang aku harapkan. Sebuah negara demokrasi seharusnya mempunyai kebebasan media sebegini.

Seperkara lagi, aku mengharapkan juga nuansa di Universiti juga begitu. Mahasiswa bebas untuk berwacana dan berdialog. Tidak terhad kepada suatu pandangan dan arahan sahaja. Sungguh, aku kira pemansuhan AUKU dalam masa terdekat ini dapat mengeluarkan mahasiswa dari satu kondisi yang terpenjara kepada bebas bersuara. Namun, kita perlu ingat kebebasan ini perlu diikat dengan satu tanggungjawab yang murni. Bukan bermudah mudah untuk memburukkan karakter orang lain dan fitnah memfitnah. Jadikanlah universiti sebagai medan untuk mengembalikan dan meningkat taraf intelektual mahasiswa ke aras yang lebih tinggi. Kalaulah setiap minggu ada wacana dan dialog, indahnya suasana. Dr Maszlee pun dah umum mansuh AUKU.

Suara Mahasiswa!

Leave a Reply