1. GSU ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang mengundi dalam PRU14 dan berjaya menterjemahkan prinsip demokrasi dalam Malaysia. Hari ini kita ditadbir oleh kerajaan baharu, kerajaan yang berjanji kepada rakyat untuk bekerja demi rakyat setelah 60 tahun ditadbir oleh Barisan Nasional. Tahniah rakyat Malaysia!
**
2. Namun undi dan kepercayaan rakyat kepada calon yang telah dipilih telah dikhianati apabila mula dilihat satu demi satu ahli BN yang dipilih mula melompat ke kerajaan sekarang.
**
3. Kepada yang dipilih, kepercayaan dan undi yang anda raih disebabkan atas kredibiliti dan manifesto yang anda bawakan kepada rakyat. Tindakan anda sememangnya merosakkan keharmonian dan prinsip demokrasi.
**

4. GSU juga ingin menyeru kepada kerajaan Pakatan Harapan kini supaya tidak menerima ADUN atau Ahli Parlimen yang melompat ini yang mana sememangnya motif mereka tidak lain hanyalah demi memenuhi agenda mereka sendiri dan ini akan merencatkan agenda pentadbiran yang telus dan berintegriti yang Pakatan Harapan ingin bawakan. Hal ini semestinya akan mencalarkan kepercayaan rakyat kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

**

5. Kepada ahli Barisan Nasional yang berhajat ingin melompat, cubalah belajar untuk menjadi pembangkang yang berani dan berintegriti. Malaysia merupakan negara demokrasi dan memerlukan pembangkang yang kuat dan utuh untuk memastikan “check and balance” dalam pentadbiran kerajaan akan sentiasa terjamin demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
**

6. Kepada kerajaan Pakatan Harapan, kepercayaan telah diberikan. Maka, lakukan tugas anda seiring dengan janji-janji yang anda tawarkan kepada rakyat. Rakyat sudah berani menendang keluar parti politik yang sudah 6 dekad menguasai Malaysia. Bila-bila masa sahaja rakyat boleh membuang anda selagi mana tidak berfungsi dan bekerja untuk kepentingan rakyat.

**

Gerakan Siswa UniSZA
13 Mei 2018, 1.50 petang.

Leave a Reply