Pertandingan yang memasuki musim kedua itu diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018) edisi ke-37 yang berlangsung sejak 27 hingga 6 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra  di sini.

Mohd. Haniff ketika ditemui berkata, dia bagaimanapun tidak menyangka dan terkejut setelah dipilih oleh barisan juri selaku juara pada pertandingan tersebut.

“Alhamdulillah. Kemenangan ini adalah untuk semua terutama mereka yang banyak membantu dan tidak pernah jemu menyokong karya yang saya hasilkan.