Posted on

Pandangan Berkenaan RUU 355

Pandangan Berkenaan RUU 355
Rahman Imuda

Oleh kerana ada beberapa orang yang bertanya tentang pandangan saya berkenaan RUU 355, saya akan menulis serba-sedikit secara sederhana. Ini merupakan ucapan yang paling ‘jelas’ berkenaan usul persendirian MP Marang.

…Pindaan Seksyen 2 – Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965,
[Akta 355] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan
“penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan
melebihi enam kali” dengan perkataan “penjara selama tempoh melebihi 30 tahun atau
denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagaimana ditadbir selaras dengan
tatacara jenayah syariah”.

(TG DS Hj Hadi, Hansard : Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga, ms 48)

 

  1. Pertama saya setuju undang-undang Syariah ‘diperkasakan’ dengan maksud meminda. Kali terakhir hukuman bagi akta mahkamah syariah dipinda adalah pada tahun 1984, kemudian pindaan pada 1989 berlaku bagi tujuan memperluaskan kegunaan untuk Sabah dan Sarawak.
  2. Proses meminda ini lebih mudah jika usul ini dibentangkan oleh salah seorang menteri dalam cabinet kerajaan kerana tidak memerlukan proses pengundian untuk ‘dibahaskan’.
  3. Saya tidak pasti sama ada menteri enggan membawa usul itu, atau MP Marang enggan usul itu dibawa oleh menteri.
  4. Setakat ini saya tidak melihat pemerintah mempunyai masalah dengan RUU 355 ini. Penentangan yang berlaku pun tidaklah ‘sehebat’ mana. Penentangan datang daripada orang persendirian/NGO yang kurang faham, dan seteru politik (hal biasa).
  5. Isu retorik yang sering dibawa oleh kebanyakan individu/fanpage yang pro-RUU 355 adalah rogol, rogol, zina dan kembali kepada rogol semula. Umat Islam bukanlah kaki rogol.
  6. Jika kita merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 sebagai contoh, akta itu memiliki lebih 40 jenis kesalahan selain rogol dan zina.
  7. Salah satu daripadanya adalah ‘mengajar tanpa tauliah’. Isu tauliah adalah isu besar kerana ramai orang yang mempunyai ‘pendidikan formal seperti sarjana dan PhD’ didakwa kerana mengajar tanpa tauliah. Aku bimbang jika ada asatizah yang tidak ada ‘tauliah’ tiba-tiba mendapat jemputan kuliah Maghrib misalnya, lantaran kesalah itu dia dipenjarakan 10-30 tahun seperti yang dipohon melalui pindaan. Ini satu kezaliman.
  8. Boleh jadi juga isu tauliah dimanipulasikan. Kerajaan negeri yang diperintah oleh Parti Y tidak akan memberikan tauliah kepada asatizah yang pro ke Parti Z.
  9. Pada tahun 1984, pindaah yang belaku;

[ Denda RM 1000 ke RM 5000
6 bulan penjara ke 3 tahun
Sebatan tak melebihi 6 kali ]

  1. Cadangan MP Marang untuk RUU 355;

[ Denda RM 5000 ke melebihi RM 100 000
3 tahun penjara ke penjara melebihi 30 tahun
6 sebatan ke 100 sebatan ]

  1. Aku tidak ada masalah tentang 100 sebatan mengikut disiplin sebatan Islam kerana ia jauh lebih selamat daripada kaedah sebatan yang sedia ada. Tapi, saya fikir anjakan penjara dan denda yang diusulkan adalah terlalu besar dan drastik. Ia boleh membawa kepada banyak implikasi. Saya mencadangkan agar ia diturunkan menjadi RM 20 000 dan penjara tak melebihi 10 tahun atau hampir dengan nilai ini.
  2. Bagi aku perhimpunan RUU 355 tidak perlu, tapi aku tidak menafikan adalah menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk berhimpun termasuk penyokong RUU 355.

akta355

  1. Hal ini kerana untuk usul ini dibawa ke bacaan pertama, ia hanya memerlukan undi majoriti mudah parlimen. Menolak RUU 355 adalah langkah yang salah untuk pemerintah terutamanya menghampiri PRU 14.
  2. Selalunya protes/berhimpun adalah jalan terakhir. Tapi tidak mengapalah, boleh jadi perhimpunan itu adalah untuk memberi penerangan terhadap RUU 355. Ia juga boleh menjadi bukti empirikal rakyat menyokong RUU 355.
  3. Kita tidak boleh menghukum orang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai anti-Islam, tak dapat hidayah atau pelbagai gelaran jahat. Boleh jadi mereka tidak faham, boleh jadi salah kita dalam bentuk penyampaian dan boleh jadi kita gagal menjawab keraguan yang mereka timbulkan.
  4. Bagi RUU 355 bukanlah isu yang perlu kita ‘gaduhkan’, kerana aku yakin lambat-laun ia akan dilaksanakan atas sebab ‘keimanan’ atau ‘langkah politik’.
  5. Hal-hal lain seperti ekonomi, kos sara hidup, pembangunan, alam sekitar dan rasuah, itulah isu utama yang perlu diberi perhatian oleh ahli politik.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *