Ramai pula kawan-kawan aku yang mula menulis tentang Mortar Movement dan gerakan mahasiswa secara general.  Aku hairan juga, kenapa tib- tiba ramai “triggered” dengan MORTAR. Sampai mengaitkan MORTAR dengan kekuburan KESATUAN yang bagi aku jauh api dari panggang. Mungkin juga, kerana aku yang sebelum ni “memegang erat” jawatan dalam KESATUAN, serta sekarang ini terpampang pula pada poster Mortar Movement.

MM belum pun memasuki sebulan umurnya tapi sudah ramai yang menunjukkan rasa sayang mereka lalu disampaikan dalam bentuk teguran dan kritikan pada MM. Ada yang menanyakan soal end goal, hala tuju,dana dan sebagainya. Untuk aku, ini benda baik buat kami. Sekurang-kurangnya ada yang tampil untuk memberi pendapat supaya gerakan ini dapat pergi lebih jauh bukannya berlepas tangan seperti yang dilakukan oleh generasi sebelu ini.

Sebelum apa-apa, aku nak kalian faham yang MM ini hanya satu bentuk movement dan bukannya front atau organisasi yang punya carta organisasi yang mantap. Movement ini timbul di saat rata-rata gerakan mahasiswa (yang betul betul digerakkan oleh Mahasiswa bukannya parti politik) sendan-sendu di Malaysia. Yang menggerakkan MM, hanya 10 orang mahasiswa dari UKM, UM dan UIA.

Tujuan MM?

Ringkas sahaja. Supaya kami dapat trigger lebih ramai untuk bercakap soal mahasiswa dan dengan ini, harapannya dapat menarik semangat untuk menghidupkan kembali gerakan mahasiswa dalam kampus. Ini satu-satunya visi kami. Sebab itulah kami turun untuk berjumpa mahasiswa di kampus, malah minggu depan kami akan ke pantai timur dan Sabah. Kami menyimpan contact details setiap mahasiswa yang kami jumpa. Alhamdulillah daripada 3 kampus sebelum ini, sudah ada 30 orang “baru” berminat yang kami boleh hubungi kelak untuk aktiviti seterusnya.

KENAPA PERLU FAHMI REZA?

MM ingin menyuntik semangat aktivisme dalam mahasiswa melalui pendekatan sejarah. Fahmi hanya salah satu daripada tools modus operandi kami.  Kami juga berazam untuk menubuhkan Pusat Sejarah Gerakan Mahasiswa. Ini satu daripada long term goal kami.

Selepas ini di kampus Pantai Timur, kami tidak bercadang untuk membawa Fahmi, sebaliknya ia hanya akan menjadi satu perjumpaan tertutup bersama rakan rakan mahasiswa disana untuk berdiskusi dan mengumpulkan pendapat berkenaan gerakan mahasiswa.

DANA?

Dana kami datang dari sumbangan peribadi yang mana merupakan individu bebas-parti (non-partisan) yang meminta untuk kami merahsiakan identitinya.

MORTAR INGIN MENJEJAKI “ABANG-ABANG” KITA

Satu lagi, kemana hilangnya “abang-abang” kita? Yang aktif, mungkin ada beberapa, itupun dalam parti. Siapa yang kisah soal adik adik dalam kampus ini? Sehingga hari ini, tiada satu pun usaha berhasil yang dibuat oleh mereka walaupun mereka tahu gerakan mahasiswa hilang tanpa khabar sejak terkuburnya Pro-Mahasiswa. Isu ini satu lagi fokus kami di MM. Aku dan rakan rakan MORTAR ada berjumpa beberapa abang kita. Ada yang setuju untuk bantu, ada yang kata junior sombong, kononnya abang-abang kita “merajuk”. Aku terima segala teguran tersebut, tapi satu benda yang aku nak mintak kat abang-abang ni. Tinggalkan ego sebagai senior. Kami di MM mahu mengumpulkan kembali bekas aktivis-aktivis mahasiswa. Pengalaman dan networking yang anda ada sebagai aktivis sangat penting untuk membantu adik adik di kampus untuk bergerak di saat kelemahan gerakan mahasiswa sekarang ni.

BADAN NGO MAHASISWA

Kami akan tubuhkan satu badan NGO berdaftar yang akan menjadi safety net kepada gerakan mahasiswa. Satu-satunya safety net sekarang yang tak berapa nak safe adalah parti politik. NGO ini akan menjadi alternatif supaya gerakan mahasiswa boleh bergerak tanpa dikaderkan oleh mereka yang kononnya menjadi safety net.

Kami juga berharap NGO ini dapat membina jaringan gerakan mahasiswa antara universiti. Aku ada terbaca kritikan yang mengatakan bahawa takut NGO ini menjadi KESATUAN 2.0. Satu sahaja jawapan aku, asalkan NGO itu bergerak dan berfungsi.

Terima kasih.

Leave a Reply